Nak Bekerja Tapi Perlu Tumuduga Dahulu. Arghh.

Thursday, December 9, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 10:24 PM
Note : Offer aku Akauntan? Ternganga terus aku.


Salam 1 Malaysia To all my readers!
Wah, Lama sungguh tak mengupdate blog.
Dimanakah aku menghilang selama ini??


Well, sory semua.
Terlalu busy sungguh aku hari demi hari.
Praktikal dah selesai, so report pulak muncul.
Dah report, slide dan presentation pulak,
Memang banyak kerja nak buat.
Syukur alhamdulilah akhirnya berjaya jugak aku mengatasinya.


Dalam sambil sambil aku dah tamat praktikal,
aku tak lepas peluang nak apply mana mana jawatan kosong yang ada.
Dan kelmarin aku dapat panggilan temuduga dekat swisgarden hotel resort dekat area berdekatan dengan rumah aku jugaklah.
So, aku memang tak nak kerja jauh jauh, Ehheee.


U know what? Jawatan yang dorang offer kat aku adalah akaun.
Oh god!! Tiada kaitan dengan course aku belajar walaupun aku ada lah beberapa subjek akaun basic sahaja belajar.
Tapi, berat tanggungjawab nak pikul tu.
Dah rezeki, so aku tak nak lepaskan peluang.
Aku try ppergi temuduga yang dorang nak sangat aku datang tu.


Dan pada hari ni,
parents aku hantar di hotel tersebut.
Wow, berjam jam jugak temuduganya.
Not malay but in english as well. Tapi aku campur campur bahasa.
Haha oklah tuu. ;)
Bila tahu saja setiap tugas or kerje kerje kat akaun department ni,
wohooo seram sejuk aku dengar,!
Terlintas di otak benak fikiran aku, " bolehkah aku menerima job tersebut? boleh ke aku wat kerja dan tugasan sume tu? semuanya kira kira? semuanya nombor? "
Macam macam soalan yang ditujukan kepada aku.
Menambahkan lagi soalan soalan yang ditanyakan oleh orang yang aku di interview tu.
Arghh pening !!!!
Demi tak nak menunjukkan kelemahan aku, aku menjawab je la bagi mereka mereka berpuashati terhadap aku.
Habis kesemua latar belakang aku, hobi, pe sumelah sampai termasuk soalan favourite movie and music yang diorang tanya. wow, interesting! suka soalan berikut!!
Tapi apa kaitan tah dengan akaun. Memang best amoi itu soal aku! Haha.


Tapi tapi,
Mereka suruh aku menunggu di ruangan menunggu. Ahh apakah yang berlaku?
Tak dapat ke aku?? Aku ditinggalkan, dan aku nampak amoi dan manager besar mereka berbincang di sebalik pintu yang buat aku tak nampak kelibat mereka.
Aku dah mula pasrah, gelisah dan gelabah.
Tapi aku cuba menangani gelabah aku dengan melihat wajah faizal tahir di keratan akhbar metro yang ada di atas meja. Menarik! :)


Dalam tengah baca dan membaca,
nama aku dipanggil semula! 
Dan amoi berikut, berkata sama ada aku berminat dengan jawatan sebagai Front Officer.
Oh no!! Aku tak suka, sebab aku seorang yang bertudung.
Mujur amoi itu memahami.
Dalam die tengah bercakap dan cakap, aku just dengar satu ayat,
" Kami akan memanggil miss Nusrah semula untuk interview seterusnya dan semua sijil dan result yang ada diminta untuk buat beberapa salinan. We are call u for the next interview. Thank You. See you soon."


Ekkk,
aku keluar dengan keadaan blur.
Kenapakah?? kenapakah next interview?? Ada level ke??
Why not if straight to the point je??
Dont make me nervouse again lahh!!! 
So, aku 50 50 if aku dapat ke tak job akaun tuu.
Hmmm." My Bestfren cakap, If ada rezeki insya allah dapat."
now, wait and see lahh.


Balik rumah, Terus tidurr.
Itu Memang satu kerja yang aku suka! Interesting! :)


P/S : AKU KENA MELANCARKAN LAGI ENGLISH AKU NI. DALAM PROSES MAKAN KRISMIS HARI HARI. :)

Happy Birthday To Me ! xD

Wednesday, December 1, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:55 PM
Note : Dah Tua sudahhh.

Salam,
Hari ni 2 Disember 2010.
Wahhh dah genap 20 tahun aku sudahhh!
Lepas ni, Kahwin terus ke? Hak Hak.

Tahun ni, tiada sambutan untuk aku.
Hanya sambut sorang sorang je.
Mujur ada mak dan abah.
Mak pagi pagi dah masak baik punyee untuk aku hari ini.
Aku, masih tidur bangun smpai tengahari buta. Ehik Ehik.

Tapi subuh subuh lagi mak dapat panggilan emergency.
Pok Cik aku kat pahang tu, dah pergi ke rahmatullah.
Hmm, tahun ni entah kenapa ramai sedara mara meninggal.

Aku on facebook,
wahh ramai sungguh wish besday.
penat jugak rasanya nak ber tenkiu tenkiu ni.
tapi walaupun hanya wish je, aku happy sangat. 
Dan juga terasa tua. Hak Hak.

Kawan Baik aku,
Semalam dah gayut dah dengan dia.
rasa hari ni macam nak gayut lagi,
Tapi dia masih di alam exam lagi,
tak payahla ganggu die. Hmmm.

Kakak kakak aku pulak,
mana sorang pun tak wish besday aku ni !!
Rasa macam nak piat je telinga sorang sorang.
Mujur jauh, tapi rasa sunyi sangat diorang tak ada.
Sebab, tak da orang upah nak beli kek. :(

Nampak gayanya,
Ini lah hari lahir aku paling bosan sekali.
Tapi saya dengan bangga nya nak cakap.
Saya dah 20 TAHUN !!!!! huaaaaaaaaaaaaa.

Beli cupcakes satu, lilin satu, celebrate sorang sorang. huuu

-BoOgieBoOgie-


Dunia Baru. :)

Saturday, November 27, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 3:05 AM
Note : kerja oh kerja. 


Salam,
Nampak gaya nye, dah lama aku tak mengupdate blog ni.
Kesian blog aku ni kan. huhu.


Yes yes !!!!
Aku dah tamat praktikal.
Tinggal nak hantar dan presentation je lagi.
lepas ni dah tak rungsing rungsing dah.
Happy sungguh!! Study pun dah habis!!


Tapi,
Nanti mana boleh duk senang lenang je.
Dah sure sure mak aku membebel nanti suruh cari kerja.
Nak sambung degree, aku pulak macam dah malas.
So, dalam asyik fikir nak duit je dekat tangan, baik aku kerja kan.


Hari ni, hari sabtu.
Aku dapat tau pejabat tenaga kerja ada buat anjuran sesi temuduga bagi kerja kerja kosong.
Wah, memang kena pergi.
mana tau ada rezeki nanti.
So, pagi pagi lagi aku dah pergi.
Waw!!! sungguh ramai orang yang nak mintak kerja ni.
heishh, kalau aku sorang je tak boleh ke.?


Setiap borang, setiap jawatan dan kerja yang sesuai ngan subjek aku belajar,
aku main isi je.
Jauh ke tak, aku pun isi je.
Malas nak pilih memilih kerja ni,
Wat sakit kepala adalah. Haha.
Dan setiap borang dan kerja yang aku isi tu,
perghh memang kena soal laa hidup hidup.
Bukan standard bm, bi lagi tuu.
Berbelit lidah aden berspeaking london. wakaka.


Hope sangat la, dapat panggilan nanti untuk sesi temuduga kali ke dua.
Sebab aku memang malas nak mencari kerja ni. Hahah.


P/S : Nombor pendaftaran aku dapat tadi, memang power la. Nombor 212. Besday aku tuu.
Dan nombor tu, memang akan diambil oleh setiap kompeni yang aku mohon jawatan tu. Hope sangat la nombor tu bawak bertuah untuk aku, HiHi, over lak.


Takutnye kalau dapat temuduga macam ni.


-BoOgieBoOgie-


Ada orang cakap kaki saya cantik?? =.=

Thursday, November 18, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 2:29 AM
Note : Kaki keding macam ni pun die cakap cantik ?


Salam,
Sebelum memulakan perbicaraan, 
ingin saya ucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!"


Saya ada satu soalan?
Macam mana nak tau kaki seseorang tu cantik??
Bisa anda memberi kan jawapan kepada saya??
Hahaa.


Entri kali ini, aku nak ceritakan pada korang yang terbaca atau terlawat blog aku ni.
Dalam dunia berfacebook ni, tak sah kita mengenali seseorang yang tak pernah kita jumpa.
Mahupun kawan kawan di dalam Malaysia, Mahupun di luar Malaysia.
Aku dengan dunia facebook ni, memang agak kuat naluri aku untuk mengonlinekan diri,
Kalau tak ada internet seperti WiFi mahupun broadband di rumah, aku sanggup pergi ke Cyber Cafe, McDonald mahupun Mamak. 
Tak ada internet satu hari, aku dah gelisah.
Bagai pinang dibelah dua ! [tiba tiba]


Aku ada sorang kawan ni, tetapi kawan dari luar malaysia.
Beliau menetap di Houston, Texas sana.
Orangnye berbadan besar, muka tak seberapa bulat, tapi sangat sangat comey gayanya.
Sebelum facebook, aku kenal die di Myspace.
Orangnye sangat sangat "NICE".
Suka mencari kawan baru, berkongsi pengalaman, dan memahami budaya setiap negara.
Sangat sangat " FRIENDLY"


Aku dan beliau, semasa di Myspace, kami rajin berbual dan berborak borak.
Dan beliau rajin memuji setiap gambar gambar yang aku ada.
Entah kenapa suke sangat die puji gambar aku.
Entah puji ikhlas atau puji memperli, sapa tau.
Bila aku dah tak seberapa dengan MYspace, aku hangat di facebook, beliau tercari cari aku.
Dan die pun turut add aku di facebook.
Memandangkan situasi aku bukan lagi di zaman perkolejhan,
aku jarang berbual dengan die dekat facebook disebabkan faktor faktor "BUSY" di antara kami. Aku praktikal, die pun dah dapat kerja yang boleh membimbing diri die dan keluarganya. Bagus!


Entah pada satu hari tu, 
aku melawat facebook beliau, dan memanggilnya, " J**RY!" di ruangan comment wall beliau.
Terus die membalas balik di wall facebook aku dengan muka sedih dan bermintak maaf disebabkan die dah lama tak berborak dengan aku.

Apsal mamat ni tiba tiba pulak nak mintak sorry ni.
nampak sangat die fikir aku marah dekat die pasal aku panggil taip nama die dengan adanya TANDA SERU. Haha.
Kami berborak, dan berborak.
Dalam tengah borak tu, tiba tiba die ada satu soalan yang membuatkan die nak chat di ruangan mesej.
AKu pelik, dan terus kata OK, Dan WHAT QUESTION?

Setibanya di ruangan mesej,
Rupa rupanya, die nak bagitau, yang kaki aku sangat cantik.

" I think you have preety feet. ;)
And I would just like to see a good picture of it. Lol."

Wakakkakaa. Aku gelak besar sahaja.
Dan die bagitau, die suruh aku lain kali tangkap gambar dengan kaki kaki sekali sebab die nak tengok.
Die kata, kaki aku unik. 
haha.

Kaki keding macam aku ni, ada jugak orang suka kan.
Haisehhh.

p/s : Sure lepas ni, aku posing fully of me kan? Hmm.

-BoOgieBoOgie-

Teh Halia, Teh Herba, dan Teh Orang kampung Boleh Menghilangkan Angin Perut.

Saturday, November 13, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:46 AM
Note : Gara gara termakan nasi lemak basi, perut buat hal, tekak pon berloya loya.


Salam,
Tak dapat bayangkan macam mana situasi keadaan orang yang mengalami masalah sakit perut atau lebih gemar difahami sebagai CB.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan oleh CB?
CB bagi aku merupakan satu perkataan yang boleh mencover kan diri aku dari perasaan malu.
[Ketawa] 
Aku dapat tahu dari perkataan CB ni adalah dari kawan baik aku sendiri waktu aku ber sms dengan dia dahulu. ye, aku ingat lagi.
mari ikuti dialog tersebut.


Aku : Salam weh.
Kawan : wslm. npe?
Aku : Kamu wat pe? pe plan cuti cuti ni?
Kawan : Aku sakit perut la weh. Baru pas CB tadi.
Aku : Hah? CB tu pe? Ke GCB Mcd tu? Bru pas mcd ek?
Kawan : Bukan GCB tu laa. Aku mengalami cirit birit ni.Aduh.
Aku : Hah? [ketawa] laa. itu rupanya. kamu tak makan ke tadi?

Hah ok pause sekejap.
Dah tau dah kan apa yang dimaksudkan CB tu.
[ketawa] disebabkan gara gara kawan baik aku tu, terus meresap ayat CB tu kat kitorang.

Tujuan entri aku kali ini, aku nak bercerita la jugak pasal soal CB ni.
Dalam situasi aku yang sedang menjalani latihan industri ni,memang sahlah aku kena bangun awal awal pagi. liat jugak la aku nak bangun ni.
Muka aku bukanlah muka bangun awal pagi. Jujur gituu.
So, kadang kadang aku bawakla jugak bekalan makanan untuk aku rehat nanti.
Hari tu, ayah aku ada beli nasi lemak bungkus untuk aku bawak ke ofis, tah dari mana nasi lemak tersebut dibeli tidaklah pulak aku tau.
Kata mak aku dekat area pasar mini dua kupang. [ korang tak tau datanglah manjung ek]
Aku happy je ayah aku belikan, sedangkan masa hari tu memang aku kempunan nak makan nasi lemak rehat nanti.
Pukul 8pagi aku terus gerak ke ofis dan bekerja sambil sambil tunggu pukul 10.15pagi untuk aku rehat. Dalam kerja tu asyik terfikir je nasi lemak kat beg aku tu. tak sabar nak makan.
Yey akhirnya dah pukul 10.15pagi!
terus aku memecut pergi ke bilik rehat nak makan.
Sekali bukak nasi lemak tu, mak aihh dasat bau nasi lemak ni.
Dalam hati aku terus mengomel,

" Uishh, dasat nye bau. biar betul nasi lemak ni bau macam ni. Dah basi ke? Tak kot, baru pukul 10 tak kan dah basi.Hmm try rasa lah.
 [suapan pertama] emm cam pelik je.
 [suapan kedua] eewwyekk. 
[suapan ketiga] sah dah basi !!!!
arghhh bodoh betul laaa!"

Betapa bengangnye aku masa tu. dahla perut lapar, dapat nasi basi lak tuu.
Tapi aku tak de lah kecoh kecoh depan kakak kakak yang kerja citu.
Disebabkan aku pemalu, aku cool je buat cam tak de pape berlaku. padahal hati aku, dah berapi bertambahkan cili api.
Bila tamat waktu rehat, aku terus sambung kerja sambil rasa tak sedap tekak.
Sume disebabkan nasi lemak basi tu.
Sampai aku habis kerja sampai dah balik rumah tekak rasa loya loya je nak muntah.
Bila nak muntah, tak nak lak die kuar.
gaya je lebih menunjukkan macam nak muntah.
Dah loya pening pening lalat pulak.
Sudah hampir seminggu aku mengalami situasi loya yang sama.
Masuk hari sabtu, hari cuti umum, aku start pulak mengalami sakit perut bertambahkan CB.
Arghh tuhan sajalah yang tahu betapa siksanya aku kat dalam jamban tuu.[ketawa]
Dah membuang, dah keluar jamban, tak sampai 1minit, patah balik masuk jamban.
Disebabkan aku dah tau aku akan mengalami CB dan sakit perut berulang ulang pada masa yang sama, Selagi tak CB, selagi tu tak kan keluar jamban.
jenis aku, jenis tunggu je dalam jamban.[ketawa]
lantak ar berapa berapa jam pon. sapa sapa nak guna jamban tu, memang jangan harap nak aku keluar.Bil air pasti naik. memang bebel teruk mak aku nanti.[ketawa]
kalau aku guna toilet awam pon, memang aku lekat notis "ROSAK" kat pintu toilet tersebut.
[ketawa lagi]
Bila perut dah berasa lega, CB pon dah lepas,memang tahap lemah giler lah.
Perut dah kosong, Tenaga langsung hilang. Yang tau, nak tidur. [ketawa]


Orang ada cakap, kalau angin perut, minumlah teh herba, tak pun teh halia, dan takpun teh orang kampung. Ha? Aku nak minum semua tu? jangan harap!
Orang jenis aku ni, susah nak amalkan ubat ubat tradisional ni. Susah juga nak telan ubat.
kalau aku sakit, orang suruh pergi jumpa doktor, alasan aku memang tak nak la sebab aku tak suka makan ubat dan tak suka bau ubat.
Yang aku suka Vitamin appeton aje. hehe.
Ye. bukan sebab aku takut kena cucuk yek! [senyum]
Walaupun sekali aku penah kena cucuk dekat b*nt*t. Mujur doktor perempuan. I dont like.[ketawa]

Nampak gaya nye, aku memang kena makan ikut time lahh. [ mak aku yang pesan ] oh mak~

p/s : ada orang bagi tau, kalau sakit perut, jangan tekan perut dan membongkok, kerana ianya boleh membuatkan kita berasa nak muntah dan pitam. 
[patut aku CB dan muntah muntah, mungkin pasal tu kot. hmm]

-BoOgieBoOgie-

Wahai doraemon, bantu akuuu ! @.@

Wednesday, November 3, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 4:59 AM
Note : Rasa nak muntah, muak, loya, tengok dan buat laporan praktikal ni. urghhh.


Salam,
Kenapa aku mesti berada di situasi pelajar yang sedang menjalani latihan industri ini!
Arghhh ! [ Menjerit ]


Keluhan tersebut bukanlah disebabkan aku tension, malas, benci atau sepelbagainya ketika aku bekerja di tempat praktikal tersebut. 
Malah ianya satu keluhan, jeritan, kemalasan, kebencian, ketensionan ketika membuat laporan latihan industri sebenarnya. Aduhhh.
Tik Tok, Tik Tok, bunyi jam di dinding bilik aku berjalan dengan pantasnya.
Baru tadi lihat jam pukul 6 sekarang jarum jam dah mencecah pukul 7.30.
Nampak sangat masa berjalan dengan pantas.
Dilihatnya kalendar di pintu almari baju aku tu pulak.
Baru je 3 hari lepas aku tengok bulan 10 tapi sekarang dah bulan 11!
Oh noooo!!!
Aku hanya ada lagi 4 minggu sahaja lagi untuk tamat praktikal ni!!! [ Gubra ]
Apa ni, laporan pun tak nampak isi isi yang penuh lagi !!! Sh*t!!


Dengan situasi yang membuatkan aku gubra sekarang, barulah aku sedar.
Awal awal praktikal dahulu, bukan main mintak sangat masa berjalan dengan pantas lah, cepat cepat ke bulan 11 lah, mintak mintak cepat sangat tapi laporan satu haprak tak buat lagi.
Huaaaa, pemalas betul aku ni !
Last last minit barulah nak mengejar dengan laju laju !


Yang menyampahnya, yang menyakitkan hati nya,
Lecture pun satu punca !
Dalam buku panduan, awal awal dapat, tak nak pulak bagi information terang terang.
Bila orang dah setart praktikal, dah tulis punya belambak buku laporan harian,
barulah terhegeh hegeh nak bagi tau,
semua laporan dikehendaki membuat dalam bahasa inggeris dan membuat slide untuk presentation di dalam bahasa inggeris.
lagi satu hal buat aku bertambah GUBRA !!!
Jenuh dan bertambah kerja yang membuang masa untuk rombak balik buku laporan harian aku yang dah ditulis dalam bahasa kebangsaan itu. Heishhh !


P/S : cane ek rakan rakan sekampus buat laporann tu. Mesti ada yang dah siap. Disebabkan situasi ni lah aku jarang nak update blog yang berhabuk dan bersawang ni. Uhuukkk. Help !! =(


Nak promote sikit, disebabkan situasi ini, nak posing pon cam tak ada mood. Senyum terpaksa je kot, ngaaa. 

-BoOgieBoOgie-

Bila Dapat Dating Bersama Monyet di Sebalik Pokok Kayu Bakau. ;)

Sunday, October 10, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:51 AM
Note : Aku Suka Tengok Monyet tapi di Astro Animal Planet je.


Salam,
Berdasarkan note di atas itu , mesti korang dapat agak dah kan yang aku takut dengan monyet.
[ ketawa ] ye, memang aku cuak gila dengan monyet.
Bagi aku monyet ni jahat dan gatal. Benar atau tidak jangan banyak songeh okey.
Tapi kalau monyet itu jinak, monyet belaan, die baik, aku mungkin suka die. [ ketawa ]
Dan semestinya aku akan pastikan yang monyet itu tidak sergah orang okey. [ ketawa lagi ]


Cuba tengok monyet di atas ini , ada macam rupa korang kan? [ ketawa jahat ]
Waktu ini aku berada di Taman Paya Bakau kat Lumut,Perak.
Taman ni memang penuh dengan monyet. Semuanya pantang nampak orang bawak makanan.
kalau aku, jangan harap aku nak bawak sebarang makanan kat sini, sure kena kejar punya.
menurut gambar di atas, time ni aku gelarkan monyet ni " BAIK " sebab die tak kejar orang.
Puncanya dia dah dapat aiskrim dari orang yang melancong di situ.
Jadi die lupa diri sikit kat aku., [ ketawa ]
Disebabkan die tengah makan aiskrim, aku rasa CUTE pulak tengok monyet makan aiskrim.
Jadi aku pun nak tangkap gambar die. Dengan slow slow je aku dekat dengan die.
time nak snap gambar die, pandai pulak die tengok kamera ek.
So aku gelarkan die " PANDAI "untuk kali kedua. [ gelak ]


Ok, kita lupakan seketika pasal monyet di atas ini.
Destinasi aku terus berjalan masuk ke dalam taman tersebut bersama seorang kawan aku yang bernama ARIN.
Gambar kami berdua berjaya di snap kan. [ senyum ]
Sila Lihat , Sila Lihat !


Kami peminat siri drama tudung ekspress. [ ketawa ]
Dalam tengah berjalan jalan sambil membebel, menceloteh, berteriak tengok monyet, lari dari monyet, dan sepelbagainya, sempat aku snap gambar gambar pemandangan di taman tersebut.
Biasalah, tak sah nak tangkap gambar punya, fotografi tidak boleh dilupakan.
Bila gambar dah di snap, balik rumah nanti sure lah edit cantik cantik. [ gelak ]
Jadi, jom kita lihat setiap gambar yang aku ambik dari belum edit ke sudah edit.

Firstly, jom lihat gambar aku dulu. hihihi.

SEBELUM
SELEPAS

SEBELUM


SELEPAS

Seterusnya, jom lihat gambar pemandangan dari taman paya bakau tersebut.

SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
Lihat lah hasilnya. Tak seberapa pun, hanya sekadar yang mampu sahaja. [ senyum ]
Selepas puas jalan jalan dekat taman ni, kami pun beredar dari tempat tersebut dan terus pergi ke restoran member aku untuk membasahkan tekak yang dah kering tu.
Memang time tu otak aku asyik memikirkan " FRESH OREN " je. [ ketawa ]

Yes, aku dah blur nak tulis apa lagi.
so, aku nak blah dari blog ni.

-BoOgieBoOgie-

Kedewasaan Kematangan Kian Terasa

Friday, October 8, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 11:02 PM
Note : Aku nak jadi budak budak balik boleh tak ?


Salam,
Keadaan agak terdesak membuatkan aku nak update blog untuk entri kali ni.
ye !!! saya dah tua !!
Umur saya dah meningkat !!
saya dah besar !!
ahhhh , tak bestnya . Kan best kembali ke zaman budak budak dulu.
Sentiasa di beri perhatian , dimanjai,.
ye diberi perhatian oleh mak bapak kita sentiasa. [ senyum ]


Hari ini, Hari sabtu .
Yeahhh, cuti !!!
Alangkah seronoknya saya hari ini.
Sentiasa dibelenggu ketenangan, kerileksan, ketiduran, dan tiada penat sakit sakit badan melanda diri.
Woohooo !! [ bersorak ]
Tetapi, entah kenapa pulak munculnya pemikiran yang agak beremosi.
Tak sukanya. [ sedih ]


nak tau ke kenapa ?
Yelah. masa berlalu dengan cepat. Praktikal pun hanya tinggal lagi dua bulan lebih je lagi.
niat di hati dah malas nak sambung belajar lagi, nak terus bekerja mencari duit.
Sedar tak sedar aku dah menuju ke arah alam bekerja.
Sungguh tercabar rasanya.
Kerja , kerja , kerja .
banyak perbezaan bila dah menempuh ke alam pekerjaan.
jom tengok list ni.


1.Dulu sekolah/kolej, boleh ponteng, tapi kerja tak boleh ponteng. Kalau nak ponteng kena ada alasan yang kukuh. Contoh, ambik MC atau ambik borang cuti.
2.Dulu sekolah/kolej, kalau ponteng ilmu tak masuk, tapi kalau kerja duit pulak tak masuk.
3.Dulu sekolah/kolej, datang lambat tak ikut masa pun tak pe, tapi kalau kerja asyik ikut masa je.
4.Dulu sekolah/kolej, buat kerja lambat pun tak apa, tak siap boleh tiru kawan, kalau kerja kena siapkan secepat mungkin.
5.Dulu sekolah/kolej, Cuti panjang ditetapkan, Kalau kerja nak mintak cuti pun susah. mahupun cuti perayaan.
6.Dulu sekolah/kolej, duit daripada pinjaman / dari mak bapak, kalau kerja gaji dapat, kena support sikit mak bapak .
7.Dulu sekolah/kolej, sentiasa dapat duit raya dari mak bapak, sedara mara semua, tapi kalau kerja kita bagi duit raya kat mak bapak, anak buah, dan adik sepupu.


Agaknya apa lagi yang perlu aku listkan ek?
tolong ingatkan saya sekejap please....
Banyak perjuangan kalau dah bekerja kan. tapi itulah lumrah hidup.
Jangan hanya tahu mementingkan kekayaan diri sendiri, duit dan rezeki dari hasil titik peluh kita jugak perlu membantu kedua dua ibu bapa kita dan keluarga serta insan insan yang memerlukan. [ bersungguh sunguh]
Dan duit jugak untuk hasil kita nak berkahwin nanti. [ gelak ]


Lepas ni . sure jenuh nak cari kerja bagus bagus. harus buat job listing ni. [ gelak ]


p/s : Aku harus lebih matang dalam menentukan hidup untuk masa depan. jangan jadi budak budak lagi. ikut kata hati dan bukan ikut rasa, yeahhh!! [ senyum ]


- BoOgieBoOgie- 

" Kau Asyik Tolong Masalah Orang Bercinta je, Kau Bila Nak Ada Boyfriend?"

Monday, October 4, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 6:15 AM
Note : Rasa macam nak bagi penampar je orang yang bertanya tu..


Salam,
Korang korang yang kononnya baca blog aku ni dah mempunyai kekasih hati ke belum?
Aku tabik pada yang belum ada !!!
Dan aku nak korang blah dari blog aku bagi yang dah ada itu.. [ ketawa jahat]


Statement di atas itu,
Ada seseorang kawan ni asyik asyik bertanya aku je kalau aku asyik tolong masalah orang bercinta ni.
Tak kiralah sapa sapa pon, mana mana member yang sedang hangat bercinta tu konon, bila gaduh je tak sah mintak simpati.
Macam Macam ragam ditengokkan. [ketawa]
Tal tolong nanti, bukan kawan lak.
Nak tak nak tolong je la pape yang patut.


Tapi,
seseorang ni asyik bertanya je.
" Kau asyik tolong masalah orang bercinta je, kau bila lagi nak ada boyfriend?"
Soalan buat aku nak bagi penampar je.
Tapi tidak boleh, sebab orang yang bertanya tu diri aku sendiri.[ketawa]
Biasalah, dalam diri kita ni kan mesti ada yang baiknye da yang jahatnya.
Jadi, berlawan mereka di antara satu sama lain. [ ketawa lagi]
ikuti dialog ini.


Nusrah jahat : Kau asyik tolong masalah orang bercinta je,kau bila lagi nak ada boyfriend?
Nusrah Baik : Ala. pe kau sibuk?
Nusrah jahat : Kau cerewet, Memilih, Sebab tu kau tak ada boyfriend!
Nusrah Baik : Jangan kacau aku la, pergi kau ! 
Nusrah Jahat : Apa pasal kau nak marah marah. tak terima la tuu.
Nusrah baik : ape pulak. benda tak sampai seru lagi la. Jodoh tak boleh paksa paksa sangat. Jodoh datang sendiri la.
Nusrah Jahat : kalau jodoh datang lambat, dah berumur kau nanti! Kau tak Jealous tengok orang dah bercinta ni.
Nusrah Baik : ish, jangan sibuk la.Tuhan tolong umatnya yang pandai bersabar.[senyum]
Nusrah Jahat : [terdiam]

Ha,kan dah kena penampar aku. diam pun kau. [ketawa]
kalau kau muncul lagi,aku sumbat kau dalam lubang jamban.[ketawa dan ketawa lagi]

Tapi tapi,
bila isu isu macam ni datang dekat aku,
mulalah aku berangan ciri ciri jejaka idaman aku.
Sampaikan tidur boleh berangan berada di dakapan jejaka idaman aku tersebut.
tetapi alangkah hampanya, bila terjaga bangun rupanya aku peluk bantal .[garu kepala]
p/s : jangan harap aku nak listkan ciri ciri jejaka idaman aku.

Dan setiap kali aku membantu masalah orang bercintan ini,
jujur aku cakap, adalah tersimpan perasaan cemburu tu sikit.
Tapi sikit je la,sebaliknya aku lebih mengatakan.
"korang ni tak sweet lah, nanti aku dengan balak aku lagi sweet. hihi."

sweet kan. dulu aku layan citer ni.my love pattzi.






















Ahh tak suka, tak suka isu ini
entah kenapa jadi entri aku kali ini.
tutup cerita.
jangan banyak songeh okey,
[ketawa ketawa ketawa]

" Aku tak pandai nak tolong orang bercinta bergaduh ini, so jangan cari aku kalau korang gaduh dengan cowok cowok atau cewet cewet kamu ya."

-BoOgieBoOgie-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...