Dunia Baru. :)

Saturday, November 27, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 3:05 AM
Note : kerja oh kerja. 


Salam,
Nampak gaya nye, dah lama aku tak mengupdate blog ni.
Kesian blog aku ni kan. huhu.


Yes yes !!!!
Aku dah tamat praktikal.
Tinggal nak hantar dan presentation je lagi.
lepas ni dah tak rungsing rungsing dah.
Happy sungguh!! Study pun dah habis!!


Tapi,
Nanti mana boleh duk senang lenang je.
Dah sure sure mak aku membebel nanti suruh cari kerja.
Nak sambung degree, aku pulak macam dah malas.
So, dalam asyik fikir nak duit je dekat tangan, baik aku kerja kan.


Hari ni, hari sabtu.
Aku dapat tau pejabat tenaga kerja ada buat anjuran sesi temuduga bagi kerja kerja kosong.
Wah, memang kena pergi.
mana tau ada rezeki nanti.
So, pagi pagi lagi aku dah pergi.
Waw!!! sungguh ramai orang yang nak mintak kerja ni.
heishh, kalau aku sorang je tak boleh ke.?


Setiap borang, setiap jawatan dan kerja yang sesuai ngan subjek aku belajar,
aku main isi je.
Jauh ke tak, aku pun isi je.
Malas nak pilih memilih kerja ni,
Wat sakit kepala adalah. Haha.
Dan setiap borang dan kerja yang aku isi tu,
perghh memang kena soal laa hidup hidup.
Bukan standard bm, bi lagi tuu.
Berbelit lidah aden berspeaking london. wakaka.


Hope sangat la, dapat panggilan nanti untuk sesi temuduga kali ke dua.
Sebab aku memang malas nak mencari kerja ni. Hahah.


P/S : Nombor pendaftaran aku dapat tadi, memang power la. Nombor 212. Besday aku tuu.
Dan nombor tu, memang akan diambil oleh setiap kompeni yang aku mohon jawatan tu. Hope sangat la nombor tu bawak bertuah untuk aku, HiHi, over lak.


Takutnye kalau dapat temuduga macam ni.


-BoOgieBoOgie-


Reactions: 
0 comments Links to this post

Ada orang cakap kaki saya cantik?? =.=

Thursday, November 18, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 2:29 AM
Note : Kaki keding macam ni pun die cakap cantik ?


Salam,
Sebelum memulakan perbicaraan, 
ingin saya ucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!"


Saya ada satu soalan?
Macam mana nak tau kaki seseorang tu cantik??
Bisa anda memberi kan jawapan kepada saya??
Hahaa.


Entri kali ini, aku nak ceritakan pada korang yang terbaca atau terlawat blog aku ni.
Dalam dunia berfacebook ni, tak sah kita mengenali seseorang yang tak pernah kita jumpa.
Mahupun kawan kawan di dalam Malaysia, Mahupun di luar Malaysia.
Aku dengan dunia facebook ni, memang agak kuat naluri aku untuk mengonlinekan diri,
Kalau tak ada internet seperti WiFi mahupun broadband di rumah, aku sanggup pergi ke Cyber Cafe, McDonald mahupun Mamak. 
Tak ada internet satu hari, aku dah gelisah.
Bagai pinang dibelah dua ! [tiba tiba]


Aku ada sorang kawan ni, tetapi kawan dari luar malaysia.
Beliau menetap di Houston, Texas sana.
Orangnye berbadan besar, muka tak seberapa bulat, tapi sangat sangat comey gayanya.
Sebelum facebook, aku kenal die di Myspace.
Orangnye sangat sangat "NICE".
Suka mencari kawan baru, berkongsi pengalaman, dan memahami budaya setiap negara.
Sangat sangat " FRIENDLY"


Aku dan beliau, semasa di Myspace, kami rajin berbual dan berborak borak.
Dan beliau rajin memuji setiap gambar gambar yang aku ada.
Entah kenapa suke sangat die puji gambar aku.
Entah puji ikhlas atau puji memperli, sapa tau.
Bila aku dah tak seberapa dengan MYspace, aku hangat di facebook, beliau tercari cari aku.
Dan die pun turut add aku di facebook.
Memandangkan situasi aku bukan lagi di zaman perkolejhan,
aku jarang berbual dengan die dekat facebook disebabkan faktor faktor "BUSY" di antara kami. Aku praktikal, die pun dah dapat kerja yang boleh membimbing diri die dan keluarganya. Bagus!


Entah pada satu hari tu, 
aku melawat facebook beliau, dan memanggilnya, " J**RY!" di ruangan comment wall beliau.
Terus die membalas balik di wall facebook aku dengan muka sedih dan bermintak maaf disebabkan die dah lama tak berborak dengan aku.

Apsal mamat ni tiba tiba pulak nak mintak sorry ni.
nampak sangat die fikir aku marah dekat die pasal aku panggil taip nama die dengan adanya TANDA SERU. Haha.
Kami berborak, dan berborak.
Dalam tengah borak tu, tiba tiba die ada satu soalan yang membuatkan die nak chat di ruangan mesej.
AKu pelik, dan terus kata OK, Dan WHAT QUESTION?

Setibanya di ruangan mesej,
Rupa rupanya, die nak bagitau, yang kaki aku sangat cantik.

" I think you have preety feet. ;)
And I would just like to see a good picture of it. Lol."

Wakakkakaa. Aku gelak besar sahaja.
Dan die bagitau, die suruh aku lain kali tangkap gambar dengan kaki kaki sekali sebab die nak tengok.
Die kata, kaki aku unik. 
haha.

Kaki keding macam aku ni, ada jugak orang suka kan.
Haisehhh.

p/s : Sure lepas ni, aku posing fully of me kan? Hmm.

-BoOgieBoOgie-
Reactions: 
0 comments Links to this post

Teh Halia, Teh Herba, dan Teh Orang kampung Boleh Menghilangkan Angin Perut.

Saturday, November 13, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:46 AM
Note : Gara gara termakan nasi lemak basi, perut buat hal, tekak pon berloya loya.


Salam,
Tak dapat bayangkan macam mana situasi keadaan orang yang mengalami masalah sakit perut atau lebih gemar difahami sebagai CB.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan oleh CB?
CB bagi aku merupakan satu perkataan yang boleh mencover kan diri aku dari perasaan malu.
[Ketawa] 
Aku dapat tahu dari perkataan CB ni adalah dari kawan baik aku sendiri waktu aku ber sms dengan dia dahulu. ye, aku ingat lagi.
mari ikuti dialog tersebut.


Aku : Salam weh.
Kawan : wslm. npe?
Aku : Kamu wat pe? pe plan cuti cuti ni?
Kawan : Aku sakit perut la weh. Baru pas CB tadi.
Aku : Hah? CB tu pe? Ke GCB Mcd tu? Bru pas mcd ek?
Kawan : Bukan GCB tu laa. Aku mengalami cirit birit ni.Aduh.
Aku : Hah? [ketawa] laa. itu rupanya. kamu tak makan ke tadi?

Hah ok pause sekejap.
Dah tau dah kan apa yang dimaksudkan CB tu.
[ketawa] disebabkan gara gara kawan baik aku tu, terus meresap ayat CB tu kat kitorang.

Tujuan entri aku kali ini, aku nak bercerita la jugak pasal soal CB ni.
Dalam situasi aku yang sedang menjalani latihan industri ni,memang sahlah aku kena bangun awal awal pagi. liat jugak la aku nak bangun ni.
Muka aku bukanlah muka bangun awal pagi. Jujur gituu.
So, kadang kadang aku bawakla jugak bekalan makanan untuk aku rehat nanti.
Hari tu, ayah aku ada beli nasi lemak bungkus untuk aku bawak ke ofis, tah dari mana nasi lemak tersebut dibeli tidaklah pulak aku tau.
Kata mak aku dekat area pasar mini dua kupang. [ korang tak tau datanglah manjung ek]
Aku happy je ayah aku belikan, sedangkan masa hari tu memang aku kempunan nak makan nasi lemak rehat nanti.
Pukul 8pagi aku terus gerak ke ofis dan bekerja sambil sambil tunggu pukul 10.15pagi untuk aku rehat. Dalam kerja tu asyik terfikir je nasi lemak kat beg aku tu. tak sabar nak makan.
Yey akhirnya dah pukul 10.15pagi!
terus aku memecut pergi ke bilik rehat nak makan.
Sekali bukak nasi lemak tu, mak aihh dasat bau nasi lemak ni.
Dalam hati aku terus mengomel,

" Uishh, dasat nye bau. biar betul nasi lemak ni bau macam ni. Dah basi ke? Tak kot, baru pukul 10 tak kan dah basi.Hmm try rasa lah.
 [suapan pertama] emm cam pelik je.
 [suapan kedua] eewwyekk. 
[suapan ketiga] sah dah basi !!!!
arghhh bodoh betul laaa!"

Betapa bengangnye aku masa tu. dahla perut lapar, dapat nasi basi lak tuu.
Tapi aku tak de lah kecoh kecoh depan kakak kakak yang kerja citu.
Disebabkan aku pemalu, aku cool je buat cam tak de pape berlaku. padahal hati aku, dah berapi bertambahkan cili api.
Bila tamat waktu rehat, aku terus sambung kerja sambil rasa tak sedap tekak.
Sume disebabkan nasi lemak basi tu.
Sampai aku habis kerja sampai dah balik rumah tekak rasa loya loya je nak muntah.
Bila nak muntah, tak nak lak die kuar.
gaya je lebih menunjukkan macam nak muntah.
Dah loya pening pening lalat pulak.
Sudah hampir seminggu aku mengalami situasi loya yang sama.
Masuk hari sabtu, hari cuti umum, aku start pulak mengalami sakit perut bertambahkan CB.
Arghh tuhan sajalah yang tahu betapa siksanya aku kat dalam jamban tuu.[ketawa]
Dah membuang, dah keluar jamban, tak sampai 1minit, patah balik masuk jamban.
Disebabkan aku dah tau aku akan mengalami CB dan sakit perut berulang ulang pada masa yang sama, Selagi tak CB, selagi tu tak kan keluar jamban.
jenis aku, jenis tunggu je dalam jamban.[ketawa]
lantak ar berapa berapa jam pon. sapa sapa nak guna jamban tu, memang jangan harap nak aku keluar.Bil air pasti naik. memang bebel teruk mak aku nanti.[ketawa]
kalau aku guna toilet awam pon, memang aku lekat notis "ROSAK" kat pintu toilet tersebut.
[ketawa lagi]
Bila perut dah berasa lega, CB pon dah lepas,memang tahap lemah giler lah.
Perut dah kosong, Tenaga langsung hilang. Yang tau, nak tidur. [ketawa]


Orang ada cakap, kalau angin perut, minumlah teh herba, tak pun teh halia, dan takpun teh orang kampung. Ha? Aku nak minum semua tu? jangan harap!
Orang jenis aku ni, susah nak amalkan ubat ubat tradisional ni. Susah juga nak telan ubat.
kalau aku sakit, orang suruh pergi jumpa doktor, alasan aku memang tak nak la sebab aku tak suka makan ubat dan tak suka bau ubat.
Yang aku suka Vitamin appeton aje. hehe.
Ye. bukan sebab aku takut kena cucuk yek! [senyum]
Walaupun sekali aku penah kena cucuk dekat b*nt*t. Mujur doktor perempuan. I dont like.[ketawa]

Nampak gaya nye, aku memang kena makan ikut time lahh. [ mak aku yang pesan ] oh mak~

p/s : ada orang bagi tau, kalau sakit perut, jangan tekan perut dan membongkok, kerana ianya boleh membuatkan kita berasa nak muntah dan pitam. 
[patut aku CB dan muntah muntah, mungkin pasal tu kot. hmm]

-BoOgieBoOgie-
Reactions: 
0 comments Links to this post

Wahai doraemon, bantu akuuu ! @.@

Wednesday, November 3, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 4:59 AM
Note : Rasa nak muntah, muak, loya, tengok dan buat laporan praktikal ni. urghhh.


Salam,
Kenapa aku mesti berada di situasi pelajar yang sedang menjalani latihan industri ini!
Arghhh ! [ Menjerit ]


Keluhan tersebut bukanlah disebabkan aku tension, malas, benci atau sepelbagainya ketika aku bekerja di tempat praktikal tersebut. 
Malah ianya satu keluhan, jeritan, kemalasan, kebencian, ketensionan ketika membuat laporan latihan industri sebenarnya. Aduhhh.
Tik Tok, Tik Tok, bunyi jam di dinding bilik aku berjalan dengan pantasnya.
Baru tadi lihat jam pukul 6 sekarang jarum jam dah mencecah pukul 7.30.
Nampak sangat masa berjalan dengan pantas.
Dilihatnya kalendar di pintu almari baju aku tu pulak.
Baru je 3 hari lepas aku tengok bulan 10 tapi sekarang dah bulan 11!
Oh noooo!!!
Aku hanya ada lagi 4 minggu sahaja lagi untuk tamat praktikal ni!!! [ Gubra ]
Apa ni, laporan pun tak nampak isi isi yang penuh lagi !!! Sh*t!!


Dengan situasi yang membuatkan aku gubra sekarang, barulah aku sedar.
Awal awal praktikal dahulu, bukan main mintak sangat masa berjalan dengan pantas lah, cepat cepat ke bulan 11 lah, mintak mintak cepat sangat tapi laporan satu haprak tak buat lagi.
Huaaaa, pemalas betul aku ni !
Last last minit barulah nak mengejar dengan laju laju !


Yang menyampahnya, yang menyakitkan hati nya,
Lecture pun satu punca !
Dalam buku panduan, awal awal dapat, tak nak pulak bagi information terang terang.
Bila orang dah setart praktikal, dah tulis punya belambak buku laporan harian,
barulah terhegeh hegeh nak bagi tau,
semua laporan dikehendaki membuat dalam bahasa inggeris dan membuat slide untuk presentation di dalam bahasa inggeris.
lagi satu hal buat aku bertambah GUBRA !!!
Jenuh dan bertambah kerja yang membuang masa untuk rombak balik buku laporan harian aku yang dah ditulis dalam bahasa kebangsaan itu. Heishhh !


P/S : cane ek rakan rakan sekampus buat laporann tu. Mesti ada yang dah siap. Disebabkan situasi ni lah aku jarang nak update blog yang berhabuk dan bersawang ni. Uhuukkk. Help !! =(


Nak promote sikit, disebabkan situasi ini, nak posing pon cam tak ada mood. Senyum terpaksa je kot, ngaaa. 

-BoOgieBoOgie-
Reactions: 
0 comments Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...