Wahai doraemon, bantu akuuu ! @.@

Wednesday, November 3, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 4:59 AM
Note : Rasa nak muntah, muak, loya, tengok dan buat laporan praktikal ni. urghhh.


Salam,
Kenapa aku mesti berada di situasi pelajar yang sedang menjalani latihan industri ini!
Arghhh ! [ Menjerit ]


Keluhan tersebut bukanlah disebabkan aku tension, malas, benci atau sepelbagainya ketika aku bekerja di tempat praktikal tersebut. 
Malah ianya satu keluhan, jeritan, kemalasan, kebencian, ketensionan ketika membuat laporan latihan industri sebenarnya. Aduhhh.
Tik Tok, Tik Tok, bunyi jam di dinding bilik aku berjalan dengan pantasnya.
Baru tadi lihat jam pukul 6 sekarang jarum jam dah mencecah pukul 7.30.
Nampak sangat masa berjalan dengan pantas.
Dilihatnya kalendar di pintu almari baju aku tu pulak.
Baru je 3 hari lepas aku tengok bulan 10 tapi sekarang dah bulan 11!
Oh noooo!!!
Aku hanya ada lagi 4 minggu sahaja lagi untuk tamat praktikal ni!!! [ Gubra ]
Apa ni, laporan pun tak nampak isi isi yang penuh lagi !!! Sh*t!!


Dengan situasi yang membuatkan aku gubra sekarang, barulah aku sedar.
Awal awal praktikal dahulu, bukan main mintak sangat masa berjalan dengan pantas lah, cepat cepat ke bulan 11 lah, mintak mintak cepat sangat tapi laporan satu haprak tak buat lagi.
Huaaaa, pemalas betul aku ni !
Last last minit barulah nak mengejar dengan laju laju !


Yang menyampahnya, yang menyakitkan hati nya,
Lecture pun satu punca !
Dalam buku panduan, awal awal dapat, tak nak pulak bagi information terang terang.
Bila orang dah setart praktikal, dah tulis punya belambak buku laporan harian,
barulah terhegeh hegeh nak bagi tau,
semua laporan dikehendaki membuat dalam bahasa inggeris dan membuat slide untuk presentation di dalam bahasa inggeris.
lagi satu hal buat aku bertambah GUBRA !!!
Jenuh dan bertambah kerja yang membuang masa untuk rombak balik buku laporan harian aku yang dah ditulis dalam bahasa kebangsaan itu. Heishhh !


P/S : cane ek rakan rakan sekampus buat laporann tu. Mesti ada yang dah siap. Disebabkan situasi ni lah aku jarang nak update blog yang berhabuk dan bersawang ni. Uhuukkk. Help !! =(


Nak promote sikit, disebabkan situasi ini, nak posing pon cam tak ada mood. Senyum terpaksa je kot, ngaaa. 

-BoOgieBoOgie-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...