Dunia Baru. :)

Saturday, November 27, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 3:05 AM
Note : kerja oh kerja. 


Salam,
Nampak gaya nye, dah lama aku tak mengupdate blog ni.
Kesian blog aku ni kan. huhu.


Yes yes !!!!
Aku dah tamat praktikal.
Tinggal nak hantar dan presentation je lagi.
lepas ni dah tak rungsing rungsing dah.
Happy sungguh!! Study pun dah habis!!


Tapi,
Nanti mana boleh duk senang lenang je.
Dah sure sure mak aku membebel nanti suruh cari kerja.
Nak sambung degree, aku pulak macam dah malas.
So, dalam asyik fikir nak duit je dekat tangan, baik aku kerja kan.


Hari ni, hari sabtu.
Aku dapat tau pejabat tenaga kerja ada buat anjuran sesi temuduga bagi kerja kerja kosong.
Wah, memang kena pergi.
mana tau ada rezeki nanti.
So, pagi pagi lagi aku dah pergi.
Waw!!! sungguh ramai orang yang nak mintak kerja ni.
heishh, kalau aku sorang je tak boleh ke.?


Setiap borang, setiap jawatan dan kerja yang sesuai ngan subjek aku belajar,
aku main isi je.
Jauh ke tak, aku pun isi je.
Malas nak pilih memilih kerja ni,
Wat sakit kepala adalah. Haha.
Dan setiap borang dan kerja yang aku isi tu,
perghh memang kena soal laa hidup hidup.
Bukan standard bm, bi lagi tuu.
Berbelit lidah aden berspeaking london. wakaka.


Hope sangat la, dapat panggilan nanti untuk sesi temuduga kali ke dua.
Sebab aku memang malas nak mencari kerja ni. Hahah.


P/S : Nombor pendaftaran aku dapat tadi, memang power la. Nombor 212. Besday aku tuu.
Dan nombor tu, memang akan diambil oleh setiap kompeni yang aku mohon jawatan tu. Hope sangat la nombor tu bawak bertuah untuk aku, HiHi, over lak.


Takutnye kalau dapat temuduga macam ni.


-BoOgieBoOgie-


Reactions: 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...