Bila Dapat Dating Bersama Monyet di Sebalik Pokok Kayu Bakau. ;)

Sunday, October 10, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:51 AM
Note : Aku Suka Tengok Monyet tapi di Astro Animal Planet je.


Salam,
Berdasarkan note di atas itu , mesti korang dapat agak dah kan yang aku takut dengan monyet.
[ ketawa ] ye, memang aku cuak gila dengan monyet.
Bagi aku monyet ni jahat dan gatal. Benar atau tidak jangan banyak songeh okey.
Tapi kalau monyet itu jinak, monyet belaan, die baik, aku mungkin suka die. [ ketawa ]
Dan semestinya aku akan pastikan yang monyet itu tidak sergah orang okey. [ ketawa lagi ]


Cuba tengok monyet di atas ini , ada macam rupa korang kan? [ ketawa jahat ]
Waktu ini aku berada di Taman Paya Bakau kat Lumut,Perak.
Taman ni memang penuh dengan monyet. Semuanya pantang nampak orang bawak makanan.
kalau aku, jangan harap aku nak bawak sebarang makanan kat sini, sure kena kejar punya.
menurut gambar di atas, time ni aku gelarkan monyet ni " BAIK " sebab die tak kejar orang.
Puncanya dia dah dapat aiskrim dari orang yang melancong di situ.
Jadi die lupa diri sikit kat aku., [ ketawa ]
Disebabkan die tengah makan aiskrim, aku rasa CUTE pulak tengok monyet makan aiskrim.
Jadi aku pun nak tangkap gambar die. Dengan slow slow je aku dekat dengan die.
time nak snap gambar die, pandai pulak die tengok kamera ek.
So aku gelarkan die " PANDAI "untuk kali kedua. [ gelak ]


Ok, kita lupakan seketika pasal monyet di atas ini.
Destinasi aku terus berjalan masuk ke dalam taman tersebut bersama seorang kawan aku yang bernama ARIN.
Gambar kami berdua berjaya di snap kan. [ senyum ]
Sila Lihat , Sila Lihat !


Kami peminat siri drama tudung ekspress. [ ketawa ]
Dalam tengah berjalan jalan sambil membebel, menceloteh, berteriak tengok monyet, lari dari monyet, dan sepelbagainya, sempat aku snap gambar gambar pemandangan di taman tersebut.
Biasalah, tak sah nak tangkap gambar punya, fotografi tidak boleh dilupakan.
Bila gambar dah di snap, balik rumah nanti sure lah edit cantik cantik. [ gelak ]
Jadi, jom kita lihat setiap gambar yang aku ambik dari belum edit ke sudah edit.

Firstly, jom lihat gambar aku dulu. hihihi.

SEBELUM
SELEPAS

SEBELUM


SELEPAS

Seterusnya, jom lihat gambar pemandangan dari taman paya bakau tersebut.

SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
Lihat lah hasilnya. Tak seberapa pun, hanya sekadar yang mampu sahaja. [ senyum ]
Selepas puas jalan jalan dekat taman ni, kami pun beredar dari tempat tersebut dan terus pergi ke restoran member aku untuk membasahkan tekak yang dah kering tu.
Memang time tu otak aku asyik memikirkan " FRESH OREN " je. [ ketawa ]

Yes, aku dah blur nak tulis apa lagi.
so, aku nak blah dari blog ni.

-BoOgieBoOgie-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...