Salam,
Tak dapat bayangkan macam mana situasi keadaan orang yang mengalami masalah sakit perut atau lebih gemar difahami sebagai CB.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan oleh CB?
CB bagi aku merupakan satu perkataan yang boleh mencover kan diri aku dari perasaan malu.
[Ketawa]
Aku dapat tahu dari perkataan CB ni adalah dari kawan baik aku sendiri waktu aku ber sms dengan dia dahulu. ye, aku ingat lagi.
mari ikuti dialog tersebut.
Aku : Salam weh.
Kawan : wslm. npe?
Aku : Kamu wat pe? pe plan cuti cuti ni?
Kawan : Aku sakit perut la weh. Baru pas CB tadi.
Aku : Hah? CB tu pe? Ke GCB Mcd tu? Bru pas mcd ek?
Kawan : Bukan GCB tu laa. Aku mengalami cirit birit ni.Aduh.
Aku : Hah? [ketawa] laa. itu rupanya. kamu tak makan ke tadi?
Hah ok pause sekejap.
Dah tau dah kan apa yang dimaksudkan CB tu.
[ketawa] disebabkan gara gara kawan baik aku tu, terus meresap ayat CB tu kat kitorang.
Tujuan entri aku kali ini, aku nak bercerita la jugak pasal soal CB ni.
Dalam situasi aku yang sedang menjalani latihan industri ni,memang sahlah aku kena bangun awal awal pagi. liat jugak la aku nak bangun ni.
Muka aku bukanlah muka bangun awal pagi. Jujur gituu.
So, kadang kadang aku bawakla jugak bekalan makanan untuk aku rehat nanti.
Hari tu, ayah aku ada beli nasi lemak bungkus untuk aku bawak ke ofis, tah dari mana nasi lemak tersebut dibeli tidaklah pulak aku tau.
Kata mak aku dekat area pasar mini dua kupang. [ korang tak tau datanglah manjung ek]
Aku happy je ayah aku belikan, sedangkan masa hari tu memang aku kempunan nak makan nasi lemak rehat nanti.
Pukul 8pagi aku terus gerak ke ofis dan bekerja sambil sambil tunggu pukul 10.15pagi untuk aku rehat. Dalam kerja tu asyik terfikir je nasi lemak kat beg aku tu. tak sabar nak makan.
Yey akhirnya dah pukul 10.15pagi!
terus aku memecut pergi ke bilik rehat nak makan.
Sekali bukak nasi lemak tu, mak aihh dasat bau nasi lemak ni.
Dalam hati aku terus mengomel,
" Uishh, dasat nye bau. biar betul nasi lemak ni bau macam ni. Dah basi ke? Tak kot, baru pukul 10 tak kan dah basi.Hmm try rasa lah.
[suapan pertama] emm cam pelik je.
[suapan kedua] eewwyekk.
[suapan ketiga] sah dah basi !!!!
arghhh bodoh betul laaa!"
Betapa bengangnye aku masa tu. dahla perut lapar, dapat nasi basi lak tuu.
Tapi aku tak de lah kecoh kecoh depan kakak kakak yang kerja citu.
Disebabkan aku pemalu, aku cool je buat cam tak de pape berlaku. padahal hati aku, dah berapi bertambahkan cili api.
Bila tamat waktu rehat, aku terus sambung kerja sambil rasa tak sedap tekak.
Sume disebabkan nasi lemak basi tu.
Sampai aku habis kerja sampai dah balik rumah tekak rasa loya loya je nak muntah.
Bila nak muntah, tak nak lak die kuar.
gaya je lebih menunjukkan macam nak muntah.
Dah loya pening pening lalat pulak.
Sudah hampir seminggu aku mengalami situasi loya yang sama.
Masuk hari sabtu, hari cuti umum, aku start pulak mengalami sakit perut bertambahkan CB.
Arghh tuhan sajalah yang tahu betapa siksanya aku kat dalam jamban tuu.[ketawa]
Dah membuang, dah keluar jamban, tak sampai 1minit, patah balik masuk jamban.
Disebabkan aku dah tau aku akan mengalami CB dan sakit perut berulang ulang pada masa yang sama, Selagi tak CB, selagi tu tak kan keluar jamban.
jenis aku, jenis tunggu je dalam jamban.[ketawa]
lantak ar berapa berapa jam pon. sapa sapa nak guna jamban tu, memang jangan harap nak aku keluar.Bil air pasti naik. memang bebel teruk mak aku nanti.[ketawa]
kalau aku guna toilet awam pon, memang aku lekat notis "ROSAK" kat pintu toilet tersebut.
[ketawa lagi]
Bila perut dah berasa lega, CB pon dah lepas,memang tahap lemah giler lah.
Perut dah kosong, Tenaga langsung hilang. Yang tau, nak tidur. [ketawa]
Orang ada cakap, kalau angin perut, minumlah teh herba, tak pun teh halia, dan takpun teh orang kampung. Ha? Aku nak minum semua tu? jangan harap!
Orang jenis aku ni, susah nak amalkan ubat ubat tradisional ni. Susah juga nak telan ubat.
kalau aku sakit, orang suruh pergi jumpa doktor, alasan aku memang tak nak la sebab aku tak suka makan ubat dan tak suka bau ubat.
Yang aku suka Vitamin appeton aje. hehe.
Ye. bukan sebab aku takut kena cucuk yek! [senyum]
Walaupun sekali aku penah kena cucuk dekat b*nt*t. Mujur doktor perempuan. I dont like.[ketawa]
Nampak gaya nye, aku memang kena makan ikut time lahh. [ mak aku yang pesan ] oh mak~
p/s : ada orang bagi tau, kalau sakit perut, jangan tekan perut dan membongkok, kerana ianya boleh membuatkan kita berasa nak muntah dan pitam.
[patut aku CB dan muntah muntah, mungkin pasal tu kot. hmm]
-BoOgieBoOgie-