Bila Dapat Dating Bersama Monyet di Sebalik Pokok Kayu Bakau. ;)

Sunday, October 10, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:51 AM
Note : Aku Suka Tengok Monyet tapi di Astro Animal Planet je.


Salam,
Berdasarkan note di atas itu , mesti korang dapat agak dah kan yang aku takut dengan monyet.
[ ketawa ] ye, memang aku cuak gila dengan monyet.
Bagi aku monyet ni jahat dan gatal. Benar atau tidak jangan banyak songeh okey.
Tapi kalau monyet itu jinak, monyet belaan, die baik, aku mungkin suka die. [ ketawa ]
Dan semestinya aku akan pastikan yang monyet itu tidak sergah orang okey. [ ketawa lagi ]


Cuba tengok monyet di atas ini , ada macam rupa korang kan? [ ketawa jahat ]
Waktu ini aku berada di Taman Paya Bakau kat Lumut,Perak.
Taman ni memang penuh dengan monyet. Semuanya pantang nampak orang bawak makanan.
kalau aku, jangan harap aku nak bawak sebarang makanan kat sini, sure kena kejar punya.
menurut gambar di atas, time ni aku gelarkan monyet ni " BAIK " sebab die tak kejar orang.
Puncanya dia dah dapat aiskrim dari orang yang melancong di situ.
Jadi die lupa diri sikit kat aku., [ ketawa ]
Disebabkan die tengah makan aiskrim, aku rasa CUTE pulak tengok monyet makan aiskrim.
Jadi aku pun nak tangkap gambar die. Dengan slow slow je aku dekat dengan die.
time nak snap gambar die, pandai pulak die tengok kamera ek.
So aku gelarkan die " PANDAI "untuk kali kedua. [ gelak ]


Ok, kita lupakan seketika pasal monyet di atas ini.
Destinasi aku terus berjalan masuk ke dalam taman tersebut bersama seorang kawan aku yang bernama ARIN.
Gambar kami berdua berjaya di snap kan. [ senyum ]
Sila Lihat , Sila Lihat !


Kami peminat siri drama tudung ekspress. [ ketawa ]
Dalam tengah berjalan jalan sambil membebel, menceloteh, berteriak tengok monyet, lari dari monyet, dan sepelbagainya, sempat aku snap gambar gambar pemandangan di taman tersebut.
Biasalah, tak sah nak tangkap gambar punya, fotografi tidak boleh dilupakan.
Bila gambar dah di snap, balik rumah nanti sure lah edit cantik cantik. [ gelak ]
Jadi, jom kita lihat setiap gambar yang aku ambik dari belum edit ke sudah edit.

Firstly, jom lihat gambar aku dulu. hihihi.

SEBELUM
SELEPAS

SEBELUM


SELEPAS

Seterusnya, jom lihat gambar pemandangan dari taman paya bakau tersebut.

SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
Lihat lah hasilnya. Tak seberapa pun, hanya sekadar yang mampu sahaja. [ senyum ]
Selepas puas jalan jalan dekat taman ni, kami pun beredar dari tempat tersebut dan terus pergi ke restoran member aku untuk membasahkan tekak yang dah kering tu.
Memang time tu otak aku asyik memikirkan " FRESH OREN " je. [ ketawa ]

Yes, aku dah blur nak tulis apa lagi.
so, aku nak blah dari blog ni.

-BoOgieBoOgie-
Reactions: 
0 comments Links to this post

Kedewasaan Kematangan Kian Terasa

Friday, October 8, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 11:02 PM
Note : Aku nak jadi budak budak balik boleh tak ?


Salam,
Keadaan agak terdesak membuatkan aku nak update blog untuk entri kali ni.
ye !!! saya dah tua !!
Umur saya dah meningkat !!
saya dah besar !!
ahhhh , tak bestnya . Kan best kembali ke zaman budak budak dulu.
Sentiasa di beri perhatian , dimanjai,.
ye diberi perhatian oleh mak bapak kita sentiasa. [ senyum ]


Hari ini, Hari sabtu .
Yeahhh, cuti !!!
Alangkah seronoknya saya hari ini.
Sentiasa dibelenggu ketenangan, kerileksan, ketiduran, dan tiada penat sakit sakit badan melanda diri.
Woohooo !! [ bersorak ]
Tetapi, entah kenapa pulak munculnya pemikiran yang agak beremosi.
Tak sukanya. [ sedih ]


nak tau ke kenapa ?
Yelah. masa berlalu dengan cepat. Praktikal pun hanya tinggal lagi dua bulan lebih je lagi.
niat di hati dah malas nak sambung belajar lagi, nak terus bekerja mencari duit.
Sedar tak sedar aku dah menuju ke arah alam bekerja.
Sungguh tercabar rasanya.
Kerja , kerja , kerja .
banyak perbezaan bila dah menempuh ke alam pekerjaan.
jom tengok list ni.


1.Dulu sekolah/kolej, boleh ponteng, tapi kerja tak boleh ponteng. Kalau nak ponteng kena ada alasan yang kukuh. Contoh, ambik MC atau ambik borang cuti.
2.Dulu sekolah/kolej, kalau ponteng ilmu tak masuk, tapi kalau kerja duit pulak tak masuk.
3.Dulu sekolah/kolej, datang lambat tak ikut masa pun tak pe, tapi kalau kerja asyik ikut masa je.
4.Dulu sekolah/kolej, buat kerja lambat pun tak apa, tak siap boleh tiru kawan, kalau kerja kena siapkan secepat mungkin.
5.Dulu sekolah/kolej, Cuti panjang ditetapkan, Kalau kerja nak mintak cuti pun susah. mahupun cuti perayaan.
6.Dulu sekolah/kolej, duit daripada pinjaman / dari mak bapak, kalau kerja gaji dapat, kena support sikit mak bapak .
7.Dulu sekolah/kolej, sentiasa dapat duit raya dari mak bapak, sedara mara semua, tapi kalau kerja kita bagi duit raya kat mak bapak, anak buah, dan adik sepupu.


Agaknya apa lagi yang perlu aku listkan ek?
tolong ingatkan saya sekejap please....
Banyak perjuangan kalau dah bekerja kan. tapi itulah lumrah hidup.
Jangan hanya tahu mementingkan kekayaan diri sendiri, duit dan rezeki dari hasil titik peluh kita jugak perlu membantu kedua dua ibu bapa kita dan keluarga serta insan insan yang memerlukan. [ bersungguh sunguh]
Dan duit jugak untuk hasil kita nak berkahwin nanti. [ gelak ]


Lepas ni . sure jenuh nak cari kerja bagus bagus. harus buat job listing ni. [ gelak ]


p/s : Aku harus lebih matang dalam menentukan hidup untuk masa depan. jangan jadi budak budak lagi. ikut kata hati dan bukan ikut rasa, yeahhh!! [ senyum ]


- BoOgieBoOgie- 

Reactions: 
0 comments Links to this post

" Kau Asyik Tolong Masalah Orang Bercinta je, Kau Bila Nak Ada Boyfriend?"

Monday, October 4, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 6:15 AM
Note : Rasa macam nak bagi penampar je orang yang bertanya tu..


Salam,
Korang korang yang kononnya baca blog aku ni dah mempunyai kekasih hati ke belum?
Aku tabik pada yang belum ada !!!
Dan aku nak korang blah dari blog aku bagi yang dah ada itu.. [ ketawa jahat]


Statement di atas itu,
Ada seseorang kawan ni asyik asyik bertanya aku je kalau aku asyik tolong masalah orang bercinta ni.
Tak kiralah sapa sapa pon, mana mana member yang sedang hangat bercinta tu konon, bila gaduh je tak sah mintak simpati.
Macam Macam ragam ditengokkan. [ketawa]
Tal tolong nanti, bukan kawan lak.
Nak tak nak tolong je la pape yang patut.


Tapi,
seseorang ni asyik bertanya je.
" Kau asyik tolong masalah orang bercinta je, kau bila lagi nak ada boyfriend?"
Soalan buat aku nak bagi penampar je.
Tapi tidak boleh, sebab orang yang bertanya tu diri aku sendiri.[ketawa]
Biasalah, dalam diri kita ni kan mesti ada yang baiknye da yang jahatnya.
Jadi, berlawan mereka di antara satu sama lain. [ ketawa lagi]
ikuti dialog ini.


Nusrah jahat : Kau asyik tolong masalah orang bercinta je,kau bila lagi nak ada boyfriend?
Nusrah Baik : Ala. pe kau sibuk?
Nusrah jahat : Kau cerewet, Memilih, Sebab tu kau tak ada boyfriend!
Nusrah Baik : Jangan kacau aku la, pergi kau ! 
Nusrah Jahat : Apa pasal kau nak marah marah. tak terima la tuu.
Nusrah baik : ape pulak. benda tak sampai seru lagi la. Jodoh tak boleh paksa paksa sangat. Jodoh datang sendiri la.
Nusrah Jahat : kalau jodoh datang lambat, dah berumur kau nanti! Kau tak Jealous tengok orang dah bercinta ni.
Nusrah Baik : ish, jangan sibuk la.Tuhan tolong umatnya yang pandai bersabar.[senyum]
Nusrah Jahat : [terdiam]

Ha,kan dah kena penampar aku. diam pun kau. [ketawa]
kalau kau muncul lagi,aku sumbat kau dalam lubang jamban.[ketawa dan ketawa lagi]

Tapi tapi,
bila isu isu macam ni datang dekat aku,
mulalah aku berangan ciri ciri jejaka idaman aku.
Sampaikan tidur boleh berangan berada di dakapan jejaka idaman aku tersebut.
tetapi alangkah hampanya, bila terjaga bangun rupanya aku peluk bantal .[garu kepala]
p/s : jangan harap aku nak listkan ciri ciri jejaka idaman aku.

Dan setiap kali aku membantu masalah orang bercintan ini,
jujur aku cakap, adalah tersimpan perasaan cemburu tu sikit.
Tapi sikit je la,sebaliknya aku lebih mengatakan.
"korang ni tak sweet lah, nanti aku dengan balak aku lagi sweet. hihi."

sweet kan. dulu aku layan citer ni.my love pattzi.






















Ahh tak suka, tak suka isu ini
entah kenapa jadi entri aku kali ini.
tutup cerita.
jangan banyak songeh okey,
[ketawa ketawa ketawa]

" Aku tak pandai nak tolong orang bercinta bergaduh ini, so jangan cari aku kalau korang gaduh dengan cowok cowok atau cewet cewet kamu ya."

-BoOgieBoOgie-

Reactions: 
3 comments Links to this post

Budak Yang Pandai Berkelas Atasan Tak Pandang Budak Lemah Berkelas Bawahan Ni ke?

Friday, October 1, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 5:47 AM


Note: " Bukan nak perli, Bukan nak gaduh, Bukan nak mencaci, 
           tapi dah menjadi tanda tanya salah ke nak bertanya ?
           Pada yang terasa hebat tu, sila jangan baca dan sila ke tepi. "


Salam,
Statement di atas tu, buat aku teringat kan zaman-zaman persekolahan dahulu.
Tambah pula sekarang, di facebook ramai aku jumpa kenalan kenalan hingusan dahulu.
Ada yang aku jumpa terus add, dan ada yang mereka jumpa aku terus add.
Mahupun mereka di kelas atasan dahulu, dan mereka di kelas bawahan dahulu.
Berapa banyak dahulu la kan . [ ketawa ]


Rindu waktu bersama kawan kawan di zaman persekolahan,
Rindu waktu belajar di kelas bersama cikgu,
Rindu zaman ponteng kelas bersama kawan kawan,
Rindu melihat gelagat cikgu cikgu dan kawan kawan,
Ye, macam macam yang dirindukan,
Pelbagai kenangan pahit manis di sekolah tak kan sesekali hilang di ingatan.
[ senyum sendirian ]


Tapi,
Tiba tiba sahaja timbul tanda tanya dalam aku tengah senyum sendirian ni.
Kalau diperhatikan, di sekolah mesti terdapatnya beberapa kelas kan?
Sebabnya,
1. Bilangan murid yang ramai.
2. Murid murid akan dibahagikan mengikut tahap kepandaian masing masing.
3. Kelas akan dibahagikan mengikut tahap atasan, sederhana, dan rendah.
    [ dengan cara lain seperti kelas dari A sehingga huruf berikutnya mengikut purata kelas yang dibahagikan ]
Kalau diperhatikan, terdapat banyak perbezaan di antara murid dari kelas atasan sehingga kelas bawahan ni.
ok, satu persatu aku terangkan kat bawah ni mengikut cara pandangan aku ketika zaman persekolahan dan zaman kolej dahulu.


Kelas Tahap Atasan
1.Berpewatakan kemas dan menarik.
2.Pandai mengikut dan turuti kata guru.
3.Sentiasa membawa dan mentelaah buku ke mana mana.
4.Rajin pergi ke perpustakaan sekolah di waktu rehat atau selepas dan sebelum  waktu sekolah. 
   [ bagi pelajar di sekolah waktu pagi dan waktu petang]
5.Majoriti berpangkat pengawas.
6.Sentiasa terlibat dengan sebarang aktiviti dan anjuran sekolah.
7.Mereka lebih kelihatan serius, sinis, kurang senyum, jalan dengan laju, bercakap dengan laju, dan rapat 
   dengan cikgu cikgu.
8.Berbual dengan perlahan di kelas ketika guru mengajar.
9.Fokus ketika guru mengajar untuk dapat A di setiap subjek.
10.Kelas mereka lebih senyap berbanding dengan kelas kelas lain.
11.Mereka lebih tampak gelisah sebelum menjalani sebarang peperiksaan.


Kelas Tahap Sederhana
1.Mempunyai ciri ciri pelajar yang berbeza.
2.Mereka terdiri daripada pelbagai perangai, ragam, dan tingkah laku.
3.Terdiri dari pelajar yang pandai, sederhana, dan lemah.
4.Pelajar yang berpuak puak atau lebih senang dikenali bergeng.
5.Terdapat beberapa pelajar je yang berpangkat pengawas.
6.Separuh dari pelajar berikut turut ke perpustakaan tapi kurang kerap dan hanya kadang kadang je.
7.Rajin merayau dan aktif atau rancak berbual ketika guru tiada di kelas. 
8.Memilih dan cerewet dalam terlibat sebarang aktiviti atau anjuran sekolah.
9.Separuh darinya, tiada dalam kelas ketika guru mengajar atau lebih dikenali ponteng.
10.Separuh darinya juga, fokus ketika guru mengajar. dan separuh darinya buat sesuatu digemari untuk tidak
     menunjukkan perhatian dan separuh darinya juga tidur.


kelas Tahap Bawahan
1.Tidak berpewatakan menarik, selekeh, dan kurang kemas
2.Lebih mengikuti fesyen atau style dunia barat, hiburan tv di sekolah.
3.Berkelihatan ganas, tidak bertanggung jawab, kurang ajar, tidak mengikut peraturan dan melawan kata guru.
4.Rajin dan pakar dalam ponteng kelas.
5.Kerap tidur di dalam kelas ketika guru mengajar.
6.Sentiasa ada rekod kesalahan dalam melanggar peraturan sekolah.
7.Salah seorang darinya mesti ada yang dibuang sekolah.
8.Berbual dengan rancak dan tidak mengendahkan kata kata guru.
9.Berlaku pergaduhan atau saling tidak puas hati di antara sesama sendiri mahupun pelajar lain.
10.kelas mereka lebih rancak di dengar berbanding kelas kelas lain dan boleh sampai didengari di pejabat 
     sekolah.
11.Mereka lebih tampak tenang sebelum menjalani peperiksaan tanpa mengulangkaji pelajaran.
12.Tidur di dalam dewan ketika menjawab peperiksaan.


Akhirnya tamat juga senarai senarai yang aku buat ni.
Senarai berikut bukanlah ciptaan semata mata, tetapi hanya mengikut pandangan spesifik aku aje.
Akan tetapinya, mengikut tajuk entri aku di atas tu,
" Budak Yang Pandai Berkelas Atasan Tak Pandang Budak Lemah Berkelas Bawahan Ni ke? " yang ingin aku pertikaikan. Agak agak, apa pendapat korang ?? sila angkat jari tunjuk sekira nak jawab. 


kalau diperhatikan,bagi aku ketika zaman sekolah dahulu, 
pelajar pelajar perempuan di kelas atasan agak jarang sekali bergaul dengan pelajar perempuan kelas bawahan. Sebaliknya, mereka lebih bermusuh dan saling tidak puas hati.
Kenapa? Antara sebabnya :
1.Faktor perbezaan dari segi pembelajaran mereka berbeza beza. Senang difahami pandai lawan lemah.
2.cara pergaulan yang berbeza. senang difahami Lembut lawan kasar.
3.Majoriti kelas atasan berpangkat pengawas, dan pelajar kelas bawahan akan dikritik sekira melanggar peraturan dan berlaku saling tidak puas hati.
4.Tidak berkesefahaman.


Sebaliknya, dari apa yang aku ketahui, dari apa yang aku fahami, dan dari apa yang aku alami,
setiap perbezaan tu semua tidak membawa apa apa halangan untuk kita berkawan sebenarnya.
Setiap manusia atau sapa sapa sahaja, mempunyai hati, fikiran dan perasaan yang sama sahaja cuma cara seseorang itu menyampaikannya sahaja yang berbeza beza. 
Disebabkan ianya berbeza, terjadila faktor pengaruh di antara satu sama lain.
Sekiranya kawan kita itu lebih sosial, maka kita turut sosial kerana dia adalah kawan kita.
Sekiranya kawan kita itu baik budi bahasa, maka kita turut berbudi bahasa kerana dia adalah kawan kita.
Terdapat nasihat dari mana mana pihak mengatakan,
" Dalam berkawan, jangan memilih kawan yang rosak akal budinya, tetapi carilah kawan yang berguna untuk masa depan kita."
Tapi, ada pihak yang mengatakan, 
" Jangan terlalu memilih kawan, nanti akan makan diri kita sendiri "
Jadi, mana satu yang betul ??
Bagi aku, nasihat nasihat itu semua memang patut kita contohi, tapi lebih baik anggap ianya sebagai satu pengajaran.


Sekiranya kawan kita tu kurang dalam ajaran agama, tak salah kita bantu dan nasihat die.
Dapat pahala turun pada kita. kan kan.
Setiap perbezaan perangai, tingkah laku itu semua bukanlah penghalang untuk kita berkawan, semua orang mempunyai kawan dan semuanya tak nak berpisah dengan kawan kawan.betol kan.
kalau kita tak diperlukan kawan, mereka tak pedulikan kita, itu memang tidak patut.
kawan ni ada yang cakap belakang, depan baik, itu memang kawan yang mulut berbau busuk.
Tak salah kalau kita buang mereka dalam hidup kita, tapi biarlah secara baik bukan secara berkasaran dan kata kata kesat. Biar diri dihinai, tapi tuhan lebih sayangkan umatnya yang tidak bersalah.


Nusrah berkata:
" saya rindu kawan kawan saya, mahupun di zaman sekolah dan mahupun di zaman kolej."  


-BoOgieBoOgie-    


Reactions: 
1 comments Links to this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...