Kenapakah Dengan Kaki Kiri Aku Ini ? :(

Monday, September 6, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 3:26 AM
INTRO : RASA MACAM NAK POTONG JE KAKI NIE .


Salam ,


Balik-balik dari kerja aje , terus aku men onlinekan diri.
Entah mood mana datang tah , kalau tak balik kerja je trus aku menidurkan diri.
Hehe maybe nak raya kot ter xcited pulak .
Pasal praktikal , esok last day untuk hari kerja coz dah nak cuti raya ! Hooray !!
Sungguh-sungguh aku suka kalau melihat kalendar untuk percutian sebegini .Dari malas nak pergi kerja terus rajin nak bekerja semata-mata nak mempercepatkan hari bercuti .
Hehe teruk kan aku ?


Tadi kerja , not bad la gak .
Rasa pantas je masa berlalu coz aku ada kerja nak dibuat .
Kalau tak ada kerja , rasa lembab je masa berlalu .
Tapi tadi aku diberi tugas untuk memeriksa resit-resit pembayaran dan cek supaya tak ada harga yang lari .
Nak check setiap harga-harga tu , dengan nombor yang ditaip kecik , membuatkan aku pening kepala rasa macam nak termuntah je . 
Tambah pulak puasa-puasa ni . adoyy .
Tahan je la..


Entry aku kali ni ,
aku nak merungut sebab kaki kiri aku sejak kebelakangan ni rasa sakit sangat .
Rasa macam lenguh-lenguh urat gitu .
Orang kata kalau lenguh , kena urut dengan minya urut atau dengan makna lain minyak panas.
Masalahnya , dah dua kali urut kot .
First aku yang urut sendiri , still hilang sekejap je .
Second aku suruh mak aku yang urutkan coz maybe tangan org tua-tua ni berguna sikit berbanding tangan aku yang tulang ni je . 
Tapi still tiada perubahan .
Kali ni , kaki kiri aku dah tak boleh nak duduk bersila lama-lama . 
kadang-kadang kalau tidur , bila terjaga , kaki aku jd krem . 
adehh , apakah punca masalah kaki aku ini ?
Urat terputus ke ? huhu .
Nak jumpa doktor bertanya , tapi sakit ni macam tak serius je, perlu ke jumpa doktor? haha.
Bongek nye soalan kan .
Mak aku suruh makan ubat sakit urat die , tapi aku ni susah sikit nak dengar cakap orang .
Kata je , " Baik Mak , nantila makan ." Padahal , nanti tu entah sampai bila agaknya .
Tak makan-makan jugak .


Sebelum ni , kaki aku tu , penah terkehel sampai aku tak boleh nak berjalan .
dah kalahkan pemain bola sepak nye terkehel .
Maybe itu puncanya yang membuatkan segala urat-urat di kaki kiri aku ni lari dan effect sampai ke peha . 
adehhh , macam betul je .
Imaginary aku je kan . 
Mungkin betul kan2?
Haha . Takut jugak .
Doktor !!!!!!!! :(


****************************

[ RUANGAN IKLAN ]

Pemain bola sepak selalu diorang terkehel ketika bermain ,tapi  setelah dirawat di tepi padang , diorang boleh sambung main lagi tanpa kaki terjengket-jengket . Apakah alatan rawatan yang digunakan ? Boleh tau ? 


Sekian,
BoOgie BoOgie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...