Hari Sedunia Kucing ada tak?

Saturday, September 25, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 5:45 AM
INTRO : TAM , CEPAT TAM ! LARI CEPAT !


Salam semua,


Ingin memperjelaskan intro di atas ,
saya baru sahaja menyelamatkan kucing saya dari menentang musuhnya.
Wah , sungguh lega rasanya apabila kucing saya sempat menyelamatkan diri masuk ke rumah.
Tak sempat kucing yang dah seakan-akan berumur berwarna kuning kecomotan untuk mengejar mangsanya.
HAHAHAA & Miawww2!. [*gelak seronok di antara saya dan kucing itam comey saya]
" Nah tam , whiskas kegemaran kau , makan kenyang2 okey ?!"
Begitu selera kucing itam saya makan.

Dengan keadaan saya yang merepek ini,
bukanlah nak menunjuk-nunjuk yang saya ada bela kucing.
Tak nampak ke korang bahawa blog saya sudah bertukar wajah !
Majoriti ada gambar-gambar kucing !
comey kan ?!
Tapi, saya tertanya-tanya ,
kenapa tak ada HARI KUCING SEDUNIA ek ??
Miaawww2!!. [*kucing itam saya berrmiaww tanda setuju]
" Tak pe lah,tam . kau makan je la. "


**************************

RUANGAN IKLAN :

KAn comey kalau kucing boleh buat wajah seperti ini.
kan best kalau kucing boleh cakap.
kan2?!!!


*BoOgieBoOgie.

Peter, please answer .

Wednesday, September 22, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 4:30 AM
INTRO : WHAT IS A VIRTUAL TAROT ?


Salam all's,


Korang tau tak apa itu " Virtual Tarot " ?
‘the virtual tarot thing is just a gag, what you do is put a . (period) in the petition and write the answer, then actually ask it and it will say your answer’


Hah sebegitulah maksud nye .
virtual tarot ni mengikut pandangan aku,
ia asalnya merupakan sebuah kad yang bernyawa dan mempunyai gambar yang boleh dikatakan agak menyeramkan la gak .
Contohnya seperti dalam rajah berikut :




Dalam pandangan aku jugak ,
Kad tarot ni biasanya akan dimainkan oleh beberapa orang .
Dan kad berikut akan bernyawa dan menjawab setiap soalan yang diberi oleh pemain-pemain berikut.
Ala tak kan korang tak tau, 
dalam filem-filem seram kan selalu buat cerita sebegini.
nanti dah syok main, datanglah effect seramnya, hantu muncul lah, cekik pemain tu la pe lah.
haha faham sendiri la kan.
tapi aku suka tengok cerita seram macam tu.
best !!! sure tutup muka nye . ngahaha.


Tapi, apa yang nak aku bagitau sekarang,
bukanla aku nak main permainan macam ni.
Bukan nak mengajak join ke pe,
Akan tetapinya, hari ini time aku kerja,
time betul-betul tak ada kerja,
aku pon merajinkan diri melayan internet dan online facebook.
Entah tiba-tiba tengah melayan Mr.Google,
aku terperasan satu laman web yang bertuliskan/bertajukkan,
" PETER ANSWER ".
Disebabkan aku berminat nak tau,
aku clickla untuk masuk ke halaman web berikut.




So, bila aku dah baca dan selidik-selidik pasal web ni,
barulah aku faham,
die suruh kita tanya pape soalan,
dan peter akan menjawabnya.
Soalan yang first2 aku tanya,
cam bodoh jugak,




Haha, cam sengal kan soalan?
tau tak peter jawab apa?
" i will not answer for this question because u don't believe me."
Bodoh ke pe peter ni,
Kot ye pon , baru first time kot aku main game ni,
nak trust kat die pon tungu la lama sikit.
mana tau nanti trus tergoda and terpikat kat aku.
wakaakkaaa.
tapi, cam best lak bertanya die.
berpusu-pusu soalan aku tanya ,
tapi peter ni kadang-kadang menyakitkan hati gak.
kalau die dah malas layan tu, 
die tak kan jawab soalan kiter.
tired la, answer later la, pe la.
Ada gak aku maki peter tu.
hahhaa.
Tapi, mustahil la peter tu hantu ke pe ke.
sepanjang aku tanya die, xda langsung jwpan yang betul2 menyeramkan aku.
TAK LOGIK ! ngahaha.
Kalau korang berminat nak tanya die.
Gi la cari peter tu! haaha.


***********************************

RUANGAN LUAHAN RASA

My bestfriend :

Buat masa sekarang,
kawan saya tu ada masalah,
masalah yang buat die sedih dan menangis.
kesian dekat die.
mujur saya tahu masalah die tu.
sebagai kawan,
saya menasihati die apa yang patut.
saya suruh die bersabar.
saya suruh die kuat semangat.
saya suruh die banyak2 kan berdoa.
tapi die tetap bersedih dan muram.
die tak lalu makan.
die tak cukup tidur.
tapi apa je yang saya mampu nak tolong.
die dekat universiti,
saya di rumah,
muka die menangis pon saya tak dapat tengok.
apatah lagi nak pujuk dan teman die di sisi.
apa yang mampu saya buat,
hanya mesej,call,dan berdoa sahaja.
Harap2 masalah die cepat berlalu 
dan die kembali ceria seperti dulu.

sekian,
BoOgieBoOgie.

Raya ~ Raya ~

Friday, September 17, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 10:21 PM
INTRO : DAPAT JUMPA MEMBE LAMA !!


Salam sume ,


Pada tanggal 16 september hari tu ,
time malaysia buat hari cuti satu malaysia , 
umah aku ada buat open house kecil-kecilan.
Just ajak membe-membe satu sekolah dulu je,
saja tiba-tiba rindu kat diorang .
itupun ada yang boleh datang , ada yang tak boleh datang .
Hampa la jugak mereka-mereka yang tak dapat datang tu .


Pagi tu , aku bangun awal ..
nak tolong mak masak buat bihun sup untuk mereka semua.
Sampai betekak anak beranak masak , masin la , tawar la , pe laa.
biasalah aku , suka sakat mak aku . 
hehhee .


Tengahari , selepas zohor , 
membe-membe ada yang datang .
wahhh , kawan-kawan semua ada yang gempal , berisi , makin comey , ada yang dari gemuk dulu dah kurus . Cayalah !! 
tetapi aku ada gak pujian kata semakin cantik !!! 
wahhh wahh !! teruja !!!!
thanks pada yang puji tuu ! ;D


Bila Semua dah datang ,
time ni la peluang nak ambik gambar .
kome , sila lihat !!! sila lihat !!!
katakan aku COMEY k !!! ;) ;)


******************************

Sweet kan ? mana yg gambar blur tu, hasil tangkapan dari mak & abah aku . hee.
Bestfriends ever ~ cute2 kan diorang ! =D
******************************

RUANGAN IKLAN 

Di Bulan Yang Baik & Mulia ni ,
Kita dapat berita yang tidak sedap didengar,
Manusia zaman sekarang ,
dah tak takut pada dosa,
betapa kejamnya kelakuan diorang,
mereka membunuh sampai bakar sehingga menjadi abu.
teruk kan?
Semoga Tuhan bagi balasan pada umat yang kejam itu .

Takziah kepada Usahawan terkemuka Datuk Sosilawati lawiya & tiga sahabatnya yang lain.


Sekian,
BoOgieBoOgie

Kenapakah Dengan Kaki Kiri Aku Ini ? :(

Monday, September 6, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 3:26 AM
INTRO : RASA MACAM NAK POTONG JE KAKI NIE .


Salam ,


Balik-balik dari kerja aje , terus aku men onlinekan diri.
Entah mood mana datang tah , kalau tak balik kerja je trus aku menidurkan diri.
Hehe maybe nak raya kot ter xcited pulak .
Pasal praktikal , esok last day untuk hari kerja coz dah nak cuti raya ! Hooray !!
Sungguh-sungguh aku suka kalau melihat kalendar untuk percutian sebegini .Dari malas nak pergi kerja terus rajin nak bekerja semata-mata nak mempercepatkan hari bercuti .
Hehe teruk kan aku ?


Tadi kerja , not bad la gak .
Rasa pantas je masa berlalu coz aku ada kerja nak dibuat .
Kalau tak ada kerja , rasa lembab je masa berlalu .
Tapi tadi aku diberi tugas untuk memeriksa resit-resit pembayaran dan cek supaya tak ada harga yang lari .
Nak check setiap harga-harga tu , dengan nombor yang ditaip kecik , membuatkan aku pening kepala rasa macam nak termuntah je . 
Tambah pulak puasa-puasa ni . adoyy .
Tahan je la..


Entry aku kali ni ,
aku nak merungut sebab kaki kiri aku sejak kebelakangan ni rasa sakit sangat .
Rasa macam lenguh-lenguh urat gitu .
Orang kata kalau lenguh , kena urut dengan minya urut atau dengan makna lain minyak panas.
Masalahnya , dah dua kali urut kot .
First aku yang urut sendiri , still hilang sekejap je .
Second aku suruh mak aku yang urutkan coz maybe tangan org tua-tua ni berguna sikit berbanding tangan aku yang tulang ni je . 
Tapi still tiada perubahan .
Kali ni , kaki kiri aku dah tak boleh nak duduk bersila lama-lama . 
kadang-kadang kalau tidur , bila terjaga , kaki aku jd krem . 
adehh , apakah punca masalah kaki aku ini ?
Urat terputus ke ? huhu .
Nak jumpa doktor bertanya , tapi sakit ni macam tak serius je, perlu ke jumpa doktor? haha.
Bongek nye soalan kan .
Mak aku suruh makan ubat sakit urat die , tapi aku ni susah sikit nak dengar cakap orang .
Kata je , " Baik Mak , nantila makan ." Padahal , nanti tu entah sampai bila agaknya .
Tak makan-makan jugak .


Sebelum ni , kaki aku tu , penah terkehel sampai aku tak boleh nak berjalan .
dah kalahkan pemain bola sepak nye terkehel .
Maybe itu puncanya yang membuatkan segala urat-urat di kaki kiri aku ni lari dan effect sampai ke peha . 
adehhh , macam betul je .
Imaginary aku je kan . 
Mungkin betul kan2?
Haha . Takut jugak .
Doktor !!!!!!!! :(


****************************

[ RUANGAN IKLAN ]

Pemain bola sepak selalu diorang terkehel ketika bermain ,tapi  setelah dirawat di tepi padang , diorang boleh sambung main lagi tanpa kaki terjengket-jengket . Apakah alatan rawatan yang digunakan ? Boleh tau ? 


Sekian,
BoOgie BoOgie.

Hari Raya Menjelang Tiba . SUke Sangat !!

Sunday, September 5, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 6:49 AM
INFO : TAK SABAR NAK RAYA ! TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG !


Boo ! Boo !
Hait , salam anda semua . sihat kah ? 


Wah riang sungguh BoogieBoogie ( aku ) hari ini yek .
Hek hek hek . Riang kerana raya dah nak menjelang tiba !! yey !!
Tak sabar rasanya nak meraikan dan balik ke kampung di johor bharu sana .
Jumpa atuk , sedara mara , semua lah . hehe .
Abah lak dah bagitau hari selasa malam atau rabu ni bertolak lah ke kampung sana .
Sure ramai dan jam kan lebuhraya utara selatan tu .
Mesti nanti ada je kereta-kereta yang rosak berhenti di tepi jalan , ada kereta yang kena tarik , ada axcident , dan yang paling aku tak suka , time musim perayaan ini mesti toilet di setiap perhentian  full giler ! aduhh . aku dahla jenis tak boleh duduk dalam kereta lama-lama nanti ada je suruh berhenti nak terkucil la , pe lah . hehe . ( Tabiat ) . dapat toilet yang bersih tak apa lagi , dapat yang kotor berbau lagi , sure tak jadi aku nak masuk . yekkk !
Harap-harap perjalanan nak balik kampung nanti , tiada berlaku something yang kurang enak . Amin~


Kepada Anda yang mahu pulang ke kampung masing-masing , berhati-hati lah di jalan raya , dan ingatlah orang yang tersayang . 


Akhir sekali .
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN .

IKHLAS DARI KU

Sekian ,
BoOgieBoOgie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...