Day : Rabu
Date : 07 Julai 2010
***************************
Salam All's,
Second last paper telah akutempuhi hari ini .
Alangkah leganya aku hanya tinggal satu baki je lagi untuk paper di hari esok.
Dalam kelegaan aku hari ini, terdapatnya jugak kestressan yang ak alami tanpa di duga-duga.
Sebelum bermulanya aku menjawab exam untuk hari ini , aku bersama-sama housemate pergi untuk mengisi perut yang sedang kekosongan ni.
Kebetulan jugak family salah sorang housemate aku yang bernama fatihah ni datang pada hari semalamnya turut bersama-sama kami untuk menikmati makan tengahari .
segala segan bagan aku yg pelbagai dari semalam turut tak hilang. Dah macam malu-malu pe tah .^0^
Kami bersama-sama menikmati makan tengahari di Garuda yang merupakan destinasi yang sentiasa kami pergi untuk lunch harian kami.
Setibanya di situ , memang perut aku bernyanyi-nyanyi mintak di isikan .
Kebetulan di malam semalamnya aku memang tidak makan menahan kelaparan.
" Hmm, patut engkau marahkan , perut "
***************************
Di bilik peperiksaan , aku menjawab paper english business writing dengan keadaan yang cool je.
Ok , tiadalah tahap stress nk gaban begitu . Hehe .
Tapi , Setelah tibanya untuk aku menjawab di bahagian section true or false , aku dapat merasakan perut aku ni berada dalam keadaan yang kurang selesa.
" Aisehmen , janganlah engkau membalas dendam kepada aku akibat tidak makan semalam, perut hoi . "
Tapi ak masih boleh mengawal kesakitan perut aku itu .
Kesakitan nya masih dapat ditahan dan dipertimbangkan .
Untuk menjawab paper , ok , aku masih boleh fokus walaupun kadang-kadang ak asyik mengeliat kerana untuk menahan kesakitan yang kejap ada kejap tak ada .Psstt2 , sory ye orang belakang, ada terkentut sedikit . huhu . [ mujur ak duduk depan sekali ] ^^
***************************
Selesai je menjawab exam , aku keluar awal kerana aku dah malas nk menunggu waktu habis exam itu disebabkan kesakitan yang aku alami ini .
Aku menunggu di luar bilik peperiksaan bersama-sama teman-teman yang lain kerana salah seorang housemate aku tidak habis lagi untuk menjawab exam .
alahai , lambat tol untuk aku pulang ke rumah berappoitment dengan jamban.
Tapi tak apa , aku masih boleh tahan lagi . huhu .
Apabila nak gerak je dr kolej , ak berkeputusan untuk menyinggah di bank untuk cek atau keluarkan duit.
Disebabkan kesakitan perut ini , aku gelisah dan tidak dapat fokus untuk melakukan apa-apa .
Sampai di depan mesin ATM tu pun , ak terlupa pasword untuk kad CIMB aku .
So, disebabkan tidak tahan atas kesakitan ini , aku mengabaikan CIMB tu dan terus bergegas pulang ke rumah .
Disebabkan aku yang membawa kereta , memang laju dan pantas aku bawak sampai maki-maki kereta yang lembab nak mampus itu .
Akhirnya , aku berjaya membuang sampai CB . wakakakakaka !!!! xD
Kemudian , di waktu petang cikit ,
aku mengajak fatihah ke bank CIMB di simpang untuk aku keluarkan duit .
Tapi,daya ingatan aku ini masih tidak dapat diperbaiki lagi .
Ahhh !! aku dah hilang ingatan !! apa nombor pasword CIMB aku ini??!!!
2 Kali mencuba dengan pasword yang aku main agak dan ragu-ragu itu ,masih tidak berjaya .
Mesin ATM tu pon , macam dah marah mengatakan yang aku dah lupa Nombor pin sendiri .
Dengan menyelongkar beg dompet aku untuk mencari kertas-kertas kecik kot-kot aku ada simpan no pin ternyata tidak berhasil.
Aku cuba dan cuba mengingati nombor pin itu balik.
Tiba-tiba seperti ada aura mengatakan yang aku dah ingat nombor pin tersebut.
ye , aku rasa betul nombor ni !
Aku terus ke mesin ATM tersebut , dan memasukkan nombor pin yang aku yakin betul itu .
Ohhh tidakkk !!! " KAD ANDA SUDAH TIDAK AKTIF . HARAP MAAF . "
Sudah terjelas yang nombor pin aku yakin betul itu, adalah nombor sebenar pasword aku .
Tetapi , kenapa kad aku tak aktif pulak ?
Menurut fatihah , maybe sebab dah try 3 kali mesin tu tak nak terima .
Emmm , knp ? lepas ni tak kan kena tukar pasword baru pulak . alahai . nasib2 .
P/S : Dugaan yang aku alami ini , mesti disebabkan aku terlalu taksub sangat nak pergi jamban tadi kot , sampai sistem daya ingatan aku terganggu .[ need a doctor , please .] (T.T)
Sekian,
BoOgieBoOgie !