Bikin Aku Cuak Sajee :D

Wednesday, July 28, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 1:27 AM
INTRO : AKU GELABAH , SIOT ..

Salam All'z ,

Apa perasaan korang kalau korang dalam keadaan gelabah dan ketakutan ? Tambah pulak masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir . Perghh , mesti nak terberak , terkentut semua kan ? haha .

Motif aku tanya sebegitu , macam biasalah , masalah aku dengan urusan praktikal aku ini . mesti korang dah muak dah kan ? tapi , aku tetap nak cerita jugak . hihi . sory, guys . nak baca , terserah pada anda yek ! ngeee . Sapa yang nak baca tu , come on , give me 5 !!! yeah !! ^^
Kisah nya berlaku pada hari semalam , dengan menanti-nantikan kehadiran Mr. Postman datang hantar surat dekat rumah aku , akhirnya datang jugak Mr. postman itu . Tapi , dengan hampanya hanya satu surat sahaja yang aku dapat dan isinya mengatakan aku tak dapat . Arghhh , rasa macam nak pecah otak aku disebabkan kehampaan giler ! Mak aku lak , buat muka simpati dengan aku . Dia hanya mampu menasihati aku , jangan patah semangat dan terus mancari lagi tempat praktikal . Memang aku gelabah giler-giler , sebab hanya 2minggu je lagi ke tarikh hari praktikal tu . So , aku tak give up , terus salin pakaian untuk mencari-cari mangsa tempat untuk aku praktikal . jadi berempit-rempit lak aku naik motor kat jalan raya manjung . haha .

Dalam aku tengah mencari-cari tu , aku singgah ke cimb bank untuk ambik duit . Elok je duit keluar melalui mesin ATM tu , tiba-tiba je handphone aku berbunyi menandakan ada panggilan . Oh mak aku call rupanya . Aku pelik , kenapa dia suruh aku balik dan tak payah cari lagi . So bila aku bertanya soalan , dia kata kordinator aku telah call rumah mengatakan yang aku dah dapat tempat praktikal di manjung . Haish , kenapa aku tak dapat surat feedback kat umah ? Memang nak kena tol lahh . buat aku gelabah je , penat je aku keluar . adehh . haha .
ternyata kompeni yang aku nak sangat praktikal kat ctu tak dapat , tapi , tempat yang aku ragu-ragu konpem tak dapat telah dapat pulak , adoyyy . keyakinan aku ni ternyata bkn 100%. hehe .

Memang aku lega giler apabila dah dapat tempat untuk aku praktikal . so , boleh lah aku tak rungsing-rungsing lagi . Boleh la goyang kaki sikit . hiihii . Tapi , rasa ketakutan pulak nak menghadapi praktikal ni . huhuuuu .

" Takut rupa macam die ! " ahaa .

P/S : BULAN PUASA SEMAKIN HAMPIR , PRAKTIKAL JUGA DI BULAN PUASA . HEE. xD

Sekian ,
BoOgieBoOgie

My Chemical Romance ?

Friday, July 23, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 6:23 AM
INTRO : WELCOME TO THE BLACK PARADE .

Salam all'z,

Adakah korang masih ingat lagi band yang bernama , MY CHEMICAL ROMANCE? Mungkin ada di antara korang yang terlalu minat giler-giler dengan lagu diorang . Imposible lah korang tak tau . Tujuan aku sebenarnya ni , just nak habaq je kat korang kisah zaman aku sekolah dulu . Bila ek , di antara aku form 4 dan form 5 gitu lah . Perghh , memang time tu aku taksub giler ngan lagu-lagu dari my chemical romance ni. Sampai blaja pon aku tak nak , duk kat class tulis lirik-lirik lagu diorang je . haha . malas kot aku skolah dulu . tp, tak de lah samseng k .

Aku pun tak tau lah kenapa aku minat giler lagu diorang . maybe sebab lagu diorang membawa makna yang aku tak penah dengar kot . contoh , errr .. entah lah pulak . kah3.. Yup , dari lagu diorang ni jugak aku tau makna dan words2 yang agak mencarut , lalalallalaa. Lerr , tau je , tapi aku tak de lah teruk sampai nak cilok perkataan sebegitu . Huhu . Emm , aku minat dorang gak pon coz diorang ni emo giler dan berstyle tambah-tambah lagi , cara dress up diorang . Hmm, vokalis die trutamanya , yang membuat aku terpegun melihat cara dia nyanyi dan perform bila live . Suara die bila menjerit , tekak aku yang terasa sakitnye . hak3. 

Dulu sampai aku tak nak berpisah dengar lagu diorang . Cd, Kaset aku snggup beli . Waktu tu internet tak ada di rumah , nak tgk video diorang pon , kena pergi cyber cafe . Itu tempat biasa aku lepak masa zaman persekolahan . Haha . Gi ctu je, tak sah lagu my chemical romance berkumandang . Sampai bukak kuat-kuat pon kena marah , hak3 .Gambar tak sah kalau tak simpan , tampal je kat mana-mana yang aku suka . Tp, kalau kat bilik rumah aku tu, sure tak boleh , nak kena maki dengan mak aku , mampus~ haha . So, aku just sediakan buku koleksi je lah untuk aku main tampal-tampal ni . Sampai skang aku tak jumpa-jumpa buku tu , entah ke mana hilang . Tikus curi kot , tak pon lipas makan . lalalala.

Menjelangnya aku masuk ke kolej , minat aku terhadap my chemical romance ni makin lama makin pudar . Nak kata muak , yelah kot . Lagipun band diorang skang ni pon, senyap je .Aku menantikan jugak lagu terbaru diorang , tapi tak sesedap dengan lagu album-album diorang sebelumnye. Pemain second guitar diorang , frank, yang aku minat-minat sangat pon , dah tak hensem dan makin gemuk .. begitu juge dengan vokalis diorang , gerard . Minum arak lebih sangat kot . macam tu lah orang putih , awal-awal hensem , dah glamour je , terus senyap dan dah tak hensem . haha . Tapi cam ne pon , band diorang sentiasa di hati aku . Lagu diorang pon sesekali aku dengar jugak , huhu .

Antara lagu-lagu yang aku minat :
  • The ghost of you
  • I'm not okay
  • The jetset life is gonna kill you
  • helena
  • Welcome to the Black parade
  • I don't love you
  • Famous last words
  • Disenchanted
  • Mama
  • Dead
  • Teenagers
  • And much more ......
p/s : aku suka lagu dorang coz membawa maksud seperti " life in the hell " .

favourite song and favourite video . TEENAGERS . :) enjoy !!!


miss ur voice , gerard ! ^^


 Frank iero - the second guitarist . suke style die !

i still like this band and they are My chemical romance !

sekian,
BoOgieBoOgie

Ohh , Mr. Postmen .

Wednesday, July 21, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 11:38 PM
INTRO : TERIMA KE TIDAK ? URGHHH.!


Salam All'z,

Bila dipandang je kalendar di rumah ni , setiap angka-angka di kalendar tu , dah makin nak dekat ke halaman helaian yang seterusnya . Oh tidak !!!! Bulan 8 is coming !!! [ gigit jari ]*
Praktikal aku still tak dapat sebarang feedback lagi dari kompeni-kompeni yang aku survey .
Alahai , lambatnye kau nak feedback . Hari-hari aku asyik menantikan Mr. Postmen datang hantar sebarang surat kat rumah aku je . Bosan sungguh !! Hidup tak tenang laaaa . Haiyaaa ! [ tepuk dahii ]*


Kalau tak dapat , mana aku kena praktikal ? Arghhhhh !!! ya tuhan , bantulah hamba mu ini . huhu . Hmm , mintak-mintak adalah satu kompeni ni terima aku kan . Hmmm . (T.T)
HAri ni , dalam aku baru je nak on facebook , tiba-tiba je mak aku menjerit, " POSMEN ! POSMEN ! " kelam kabut aku berlari pergi ke kotak surat kat pagar rumah aku tu . Punyalah xcited ingat surat tawaran praktikal , skali hampa sungguh rasanya , rupa-rupanye hanyalah sekeping kad dari kedai buku " POPULAR" , mengatakan kad ahli aku dah nak expired . cheeeseeee !!!!!! geramnyeee !!!! . Rasanye macam nak menjerit je sekuat-kuatnye . alahai , sabar je lah , nusrah . esok-esok adalah tuuu . hmmmm. (T.T)


P/S : Encik postman , cepat hantar surat !!! Esok kalau kau tak datang hantar surat tawaran aku , memang aku sekeh-sekeh nanti !!!!



N0.80 yek , mr.postman !!! hantar cepat !!

Sekian,
BoOgieBoOgie





kesepian kian terasa . ='(

Friday, July 16, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 11:26 PM
INTRO : Aku Rindu DMG2 student !

salam all'z,

Hari ni dah masuk hari ke empat aku berada di rumah .
wahh , kesepian sudah dapat aku rasakan .
Tiada lagi teman-teman serumah , teman-teman sekelas , kekecohan , dan macam-macam lagi.
semuanya sepi .
Aku macam tak percaya je yang aku dah hampir-hampir ke penamat sesi pembelajaran aku .
Hanya tinggal aku untuk praktikal sahaja.
alahai , rindunye kat mereka-mereka .
apalah yang diorang wat kan sekarang . huhu.

Kenangan di Teluk Senangin , tidak akan sesekali aku lupa .
gambar beramai-ramai satu kelas akan aku genggam kuat-kuat.
Walaupon masa aku disana tidak dapat mengizinkan aku berlari sana sini akibat kaki terkehel ,
tapi aku tetap dapat merasakan kemeriahan DMG2 . woohooo !!
setiap personaliti masing-masing , tetap aku ingat sampai bila-bila .






Banyak lagi sebernarnya gambar-gambar yang aku nak letak .
Tapi wat sesak blog ni je . hehe .
setakat gambar-gambar yang ade di atas ni je yang aku mampu dan suka letak . hee .

p/s : BILA NAK TUNGGU REUNION NI . HUHU.

sekian,
BoOgieBoOgie

Sakit Perut + Hilang Ingatan

Wednesday, July 7, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 6:30 AM
Intro  :" Kenapa? "
Day    : Rabu
Date  : 07 Julai 2010

***************************

Salam All's,

Second last paper telah akutempuhi hari ini .
Alangkah leganya aku hanya tinggal satu baki je lagi untuk paper di hari esok.
Dalam kelegaan aku hari ini, terdapatnya jugak kestressan yang ak alami tanpa di duga-duga.
Sebelum bermulanya aku menjawab exam untuk hari ini , aku bersama-sama housemate pergi untuk mengisi perut yang sedang kekosongan ni.
Kebetulan jugak family salah sorang housemate aku yang bernama fatihah ni datang pada hari semalamnya turut bersama-sama kami untuk menikmati makan tengahari .
segala segan bagan aku yg pelbagai dari semalam turut tak hilang. Dah macam malu-malu pe tah .^0^

Kami bersama-sama menikmati makan tengahari di Garuda yang merupakan destinasi yang sentiasa kami pergi untuk lunch harian kami.
Setibanya di situ , memang perut aku bernyanyi-nyanyi mintak di isikan .
Kebetulan di malam semalamnya aku memang tidak makan menahan kelaparan.
" Hmm, patut engkau marahkan , perut "

***************************

Di bilik peperiksaan , aku menjawab paper english business writing dengan keadaan yang cool je.
Ok , tiadalah tahap stress nk gaban begitu . Hehe .
Tapi , Setelah tibanya untuk aku menjawab di bahagian section true or false , aku dapat merasakan perut aku ni berada dalam keadaan yang kurang selesa.
" Aisehmen , janganlah engkau membalas dendam kepada aku akibat tidak makan semalam, perut hoi . "
Tapi ak masih boleh mengawal kesakitan perut aku itu .
Kesakitan nya masih dapat ditahan dan dipertimbangkan .
Untuk menjawab paper , ok , aku masih boleh fokus walaupun kadang-kadang ak asyik mengeliat kerana untuk menahan kesakitan yang kejap ada kejap tak ada .Psstt2 , sory ye orang belakang, ada terkentut sedikit . huhu . [ mujur ak duduk depan sekali ] ^^

***************************

Selesai je menjawab exam , aku keluar awal kerana aku dah malas nk menunggu waktu habis exam itu disebabkan kesakitan yang aku alami ini .
Aku menunggu di luar bilik peperiksaan bersama-sama teman-teman yang lain kerana salah seorang housemate aku tidak habis lagi untuk menjawab exam .
alahai , lambat tol untuk aku pulang ke rumah berappoitment dengan jamban.
Tapi tak apa , aku masih boleh tahan lagi . huhu .
Apabila nak gerak je dr kolej , ak berkeputusan untuk menyinggah di bank untuk cek atau keluarkan duit.
Disebabkan kesakitan perut ini , aku gelisah dan tidak dapat fokus untuk melakukan apa-apa .
Sampai di depan mesin ATM tu pun , ak terlupa pasword untuk kad CIMB aku .
So, disebabkan tidak tahan atas kesakitan ini , aku mengabaikan CIMB tu dan terus bergegas pulang ke rumah .
Disebabkan aku yang membawa kereta , memang laju dan pantas aku bawak sampai maki-maki kereta yang lembab nak mampus itu .
Akhirnya , aku berjaya membuang sampai CB . wakakakakaka !!!! xD

Kemudian , di waktu petang cikit ,
aku mengajak fatihah ke bank CIMB di simpang untuk aku keluarkan duit .
Tapi,daya ingatan aku ini masih tidak dapat diperbaiki lagi .
Ahhh !! aku dah hilang ingatan !! apa nombor pasword CIMB aku ini??!!!
2 Kali mencuba dengan pasword yang aku main agak dan ragu-ragu itu ,masih tidak berjaya .
Mesin ATM tu pon , macam dah marah mengatakan yang aku dah lupa Nombor pin sendiri .
Dengan menyelongkar beg dompet aku untuk mencari kertas-kertas kecik kot-kot aku ada simpan no pin ternyata tidak berhasil.
Aku cuba dan cuba mengingati nombor pin itu balik.
Tiba-tiba seperti ada aura mengatakan yang aku dah ingat nombor pin tersebut.
ye , aku rasa betul nombor ni !
Aku terus ke mesin ATM tersebut , dan memasukkan nombor pin yang aku yakin betul itu .
Ohhh tidakkk !!! " KAD ANDA SUDAH TIDAK AKTIF . HARAP MAAF . "
WTF !!!! why ?!!!
Sudah terjelas yang nombor pin aku yakin betul itu, adalah nombor sebenar pasword aku .
Tetapi , kenapa kad aku tak aktif pulak ?
Menurut fatihah , maybe sebab dah try 3 kali mesin tu tak nak terima .
Emmm , knp ? lepas ni tak kan kena tukar pasword baru pulak . alahai . nasib2 .

P/S : Dugaan yang aku alami ini , mesti disebabkan aku terlalu taksub sangat nak pergi jamban tadi kot , sampai sistem daya ingatan aku terganggu .[ need a doctor , please .] (T.T)

Sekian,
BoOgieBoOgie !

Oh , Mika . ;)

Monday, July 5, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 12:50 PM
" Hey mika , its ur fault !! ;p "



Salam all's ,



Perubahan sudah bermula . Pertukaran sudah dibuat .
Haha , Tiada pape yg ingin ak katakan sebernarnya, kecuali ingin memberitahu ..
Bahawasanya, ak telah membuat petukaran serba sedikit di blog ak ni jep . Haha.
Nothing special pon , cuma taste bertukar inginkan taste yg bru jep .
Template ditukar supaya nak tampak colourful sedikit and tak de lah bosan sgt. [ bg ak je la k ]



Emm , punca semua ni , ak nak salahkan MIKA !!
u know mika ?? ala , yg nyanyi lagu hujan versi owang putih tu.
Tak tau ?? search la kau kat google okey ! haha .
Ak salahkan die sbb sbelum ak mengupdates blog ni , ak telah usya2 video si mika ni.
Bg ak , disebabkan xcited giler minat die , so, nk tiru ckit style die . haha .
Die suke pd colurful . Meriah je tgk die .
so , disebabkan tu lah ak nak buat pengubahsuaian ckit di blog ini .



Nama si kecoh boogieboogie turut juga bertukar .
ala , tinggal boogie boogie je la sbb nama tu unik bg ak . hihi .
trade mark untuk blog ini juga ak tukarkan tp cilok2 ckit dr senikata lagu .
sebab ak tak de idea untuk mereka2 words nie. haha.
lagu untuk blog ini juga ak sempenakan khas dr lagu mika juga.
emm , xde ide dah la nak ckp sbb ak updates ni ponpukul 4 pg.
alahai , ngantuknyee ...

Wahai mika , why i like you ?


Inilah Mika Saye ^^ !!

sekian,

BoOgieBoOgie

GooD Luck , Nusrah. :)

Sunday, July 4, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 9:43 AM
salam all's.

Pejam celik , pejam celik . Pantas sungguh masa memecut .
alahai, nak ak tua cepat kah ? [ tergaru2 kepala ]
Dalam musim world cup ni, yg ak tergila-gila sama itu Germany , padolski, murray, klose dan pelbagainye , alahai, knp mesti wujud nye jugak FINAL EXAM !!!! adeyyy. [ tepuk dahi , kad merah terus ].

Dalam minggu ni , bkn sje minggu study week. Haram jadahnye, xkan adenye minggu study week tu . Malah, minggu exam terus !! oh sh*t !!
Entah kenapa semester ni ak rasa cam blur seribu juta rasa .
Oh tidak . ye , walaupun semester pendek, hanya berempat subjek , tp ak tetap blur .
Tertanya2 . sblm ni ak g class ke ?? betol ke ak kat class tu slama ni ?? dah selesai ke sume presentation , asignment tu sume??
aduhh, sakitkah diriku?? haha. hanya gelak yang ku mampu.
adakah selama ni hanya angan2 dlm mimpi atau mainan emosi ku?
emmm, final destination sudah . [ tiba2*]

Siang tadi,
mcm biasalah , hari ahad , dah mmg set kat otak ak pada hari sbtu sebelumnya, untuk ak bgun lewat pd waktu tengahari. haha [ gelak besar ]
smlmnya mana tak nye , seharian malam di kedai mamak menyaksikan perlawanan bola.
4pg ak balik , 4ptg tolak 3ptg sama dengan 1ptg ak bangkit dari tidur. wahh ! betul2 sakit belakang segala2 urat badan ak pabila bgun dr tidur.

Selesai saja melengkapkan diri segala urusan kerja membasuh,
perutku terasa lapar bak semerdu nyanyian siti nurhaliza .
alahai, hampa sungguh segala bahan2 masakan aku sudah kehabisan stok.
Terus ak mengusya beg dompet ak dgn harapan ak mempunyai saki baki duit lagi.bgus !!
masih ade !! itupun xsmpai 20hinggit.
Tanpa memikir panjang , hanya memikir pinjaman ak akan msuk nti, ak mmg perlu segera untuk mengisi perutku ini.
yes , ak dah berjaya memujuk housemate ak cri makan di restoran2 yg terpilih.

Selesai saja mengisi perut yang agak penuh ni,
Tiba2 sepupu salah sorang housemate ak ni ajak pergi ke satu tempat untuk mengajarnya membawa kereta.
haha , memang lawak bila memerhatikan, menyaksikan, gerak geri mereka first time bawak kereta.
Memang terlintas di bernak otak ak , waktu2 ak first time nk belajar bawak kereta.
Rasa2nya lagi gabra dari mereka ni. haha [ gelak dalam hati ]

Di waktu malam berikutnya,
ak da separuh gila bercakap sorang2 di dalam bilik ak ni.
tapi, gila ak ni, gila menghafal note2 yg penting untuk ak menjawab exam di hari esoknya.
entah masuk ke tidak, bebel la kau sorang2 dik boogie oi !
ENtah tiba2 fokus menghafal ak ni, terpesong ke arah dunia internet berfacebook dan beryoutube. wah, menarik dan teruja di setiap click2 dan page yg muncul.
alangkah bahagianya exam esok kuar sume2 yg wat ak teruja ini. haha [ gelak besar ]

Dalam sambil2 menghafal, dan sambil2 berinternet ,
tiba2 saja terlintas di bernak fikiran ak ini untuk subjek web design di bahagian tajuk client server & server side scripting, apabila tangan ak sibuk menklik2 kat internet ni.
Ke mana browser untuk ke server? apakah "makhluk" yg hendak dihantar ke server?
wahh !! bermain jugak otak aku ni. lalalala [ nyanyi sendirian ]

DAlam sibuk membusykan diri,
wahh sume rakan2 ak sudah dibuai mimpi agaknya.
Terasa mcm ak berseorangan di rumah ini. oh tidak!
sebelum melenakan diri ak, ak terus mengaktifkan diri untuk mengupdate blog ini.
hhehe . entah apa ak merapu,korang fahamkah??
itu masalah korang kalo korang xphm. ak mahu tidor !!!!

Lastly,
GooD Luck For ur Final Exam , Nusrah.

p/s : Font telah ditukar di blog ini . Citarasa sudah berubah sama skali. Enjoy ! ;)

sekian,
si kecoh boogieboogie


gila bola ! gila germany ! huhu

Friday, July 2, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 11:33 AM
salam all's.

haha. demam bola, gila bola, baju bola, kepala bola, kedai mamak tgk bola, aduhhh terlalu bnyak words2 pasal bola ni. haha. smpai ak pon da naik gila ngan bola. hari2 tuwun mamak tgk bola. haha,pe ag, of coz la nk support team germany peberet ak. lalaaa.

sedar2 x sngka world cup ni dah smpai ke quaterfinals dah. hoho,pantas skali. ak lak, thn mata je tgk bola kat mamak smpi kul4pg kdg2. haha. dasat~ bru je td ak menyaksikan perlawanan di antara BRAZIL dan NETHERLANDS. wah!!! sungguh ku teruja & bngga melihat kemenangan di atas netherlands walopon skill mereka terlalu lembab & cool bg ak. hak3 cayalah! brazil? balik la woy !!! meluat ak,. ak terlalu anti giler ngan skuad brazil ni . main kasar nk mampus !! [ t'masuk KAKA k ] hoh ! dalam team2 yg ak tgk, brazil kot ak rasa byk pungut kad merah! hahahaa. [ ak rasa je ] kot la kan.

HAHhaa, x sbr lak nk tnggu team german ak ni lawan ngan argentina. haha. [ weh kome ! tok seh la nk sukung argentina,kalo deme menang , coach mereka tu,si maradona tu berkata,kalo argentina mnang, die nk lari bog*l kat padang.oh tidak!!! luc*h itu olang . so,slh stu team ak xsuke!! but, messi encem kan? hahaha.] adehhh, copat2la world cup ni abeh. terlalu taksub giler ngn bola ni. exam nk dkt dah pon xprepair pe ag.huhu.

bye2 la kome yek !!!


lihat maskot german tu, comey kan?


go german go !!!

peveret player ak from germany .

" LUKAS PADOLSKI "

;)

sekian,

si kecoh boogieboogie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...