" Kau Asyik Tolong Masalah Orang Bercinta je, Kau Bila Nak Ada Boyfriend?"

Monday, October 4, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 6:15 AM
Note : Rasa macam nak bagi penampar je orang yang bertanya tu..


Salam,
Korang korang yang kononnya baca blog aku ni dah mempunyai kekasih hati ke belum?
Aku tabik pada yang belum ada !!!
Dan aku nak korang blah dari blog aku bagi yang dah ada itu.. [ ketawa jahat]


Statement di atas itu,
Ada seseorang kawan ni asyik asyik bertanya aku je kalau aku asyik tolong masalah orang bercinta ni.
Tak kiralah sapa sapa pon, mana mana member yang sedang hangat bercinta tu konon, bila gaduh je tak sah mintak simpati.
Macam Macam ragam ditengokkan. [ketawa]
Tal tolong nanti, bukan kawan lak.
Nak tak nak tolong je la pape yang patut.


Tapi,
seseorang ni asyik bertanya je.
" Kau asyik tolong masalah orang bercinta je, kau bila lagi nak ada boyfriend?"
Soalan buat aku nak bagi penampar je.
Tapi tidak boleh, sebab orang yang bertanya tu diri aku sendiri.[ketawa]
Biasalah, dalam diri kita ni kan mesti ada yang baiknye da yang jahatnya.
Jadi, berlawan mereka di antara satu sama lain. [ ketawa lagi]
ikuti dialog ini.


Nusrah jahat : Kau asyik tolong masalah orang bercinta je,kau bila lagi nak ada boyfriend?
Nusrah Baik : Ala. pe kau sibuk?
Nusrah jahat : Kau cerewet, Memilih, Sebab tu kau tak ada boyfriend!
Nusrah Baik : Jangan kacau aku la, pergi kau ! 
Nusrah Jahat : Apa pasal kau nak marah marah. tak terima la tuu.
Nusrah baik : ape pulak. benda tak sampai seru lagi la. Jodoh tak boleh paksa paksa sangat. Jodoh datang sendiri la.
Nusrah Jahat : kalau jodoh datang lambat, dah berumur kau nanti! Kau tak Jealous tengok orang dah bercinta ni.
Nusrah Baik : ish, jangan sibuk la.Tuhan tolong umatnya yang pandai bersabar.[senyum]
Nusrah Jahat : [terdiam]

Ha,kan dah kena penampar aku. diam pun kau. [ketawa]
kalau kau muncul lagi,aku sumbat kau dalam lubang jamban.[ketawa dan ketawa lagi]

Tapi tapi,
bila isu isu macam ni datang dekat aku,
mulalah aku berangan ciri ciri jejaka idaman aku.
Sampaikan tidur boleh berangan berada di dakapan jejaka idaman aku tersebut.
tetapi alangkah hampanya, bila terjaga bangun rupanya aku peluk bantal .[garu kepala]
p/s : jangan harap aku nak listkan ciri ciri jejaka idaman aku.

Dan setiap kali aku membantu masalah orang bercintan ini,
jujur aku cakap, adalah tersimpan perasaan cemburu tu sikit.
Tapi sikit je la,sebaliknya aku lebih mengatakan.
"korang ni tak sweet lah, nanti aku dengan balak aku lagi sweet. hihi."

sweet kan. dulu aku layan citer ni.my love pattzi.






















Ahh tak suka, tak suka isu ini
entah kenapa jadi entri aku kali ini.
tutup cerita.
jangan banyak songeh okey,
[ketawa ketawa ketawa]

" Aku tak pandai nak tolong orang bercinta bergaduh ini, so jangan cari aku kalau korang gaduh dengan cowok cowok atau cewet cewet kamu ya."

-BoOgieBoOgie-

Reactions: 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...