Budak Yang Pandai Berkelas Atasan Tak Pandang Budak Lemah Berkelas Bawahan Ni ke?

Friday, October 1, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 5:47 AM


Note: " Bukan nak perli, Bukan nak gaduh, Bukan nak mencaci, 
           tapi dah menjadi tanda tanya salah ke nak bertanya ?
           Pada yang terasa hebat tu, sila jangan baca dan sila ke tepi. "


Salam,
Statement di atas tu, buat aku teringat kan zaman-zaman persekolahan dahulu.
Tambah pula sekarang, di facebook ramai aku jumpa kenalan kenalan hingusan dahulu.
Ada yang aku jumpa terus add, dan ada yang mereka jumpa aku terus add.
Mahupun mereka di kelas atasan dahulu, dan mereka di kelas bawahan dahulu.
Berapa banyak dahulu la kan . [ ketawa ]


Rindu waktu bersama kawan kawan di zaman persekolahan,
Rindu waktu belajar di kelas bersama cikgu,
Rindu zaman ponteng kelas bersama kawan kawan,
Rindu melihat gelagat cikgu cikgu dan kawan kawan,
Ye, macam macam yang dirindukan,
Pelbagai kenangan pahit manis di sekolah tak kan sesekali hilang di ingatan.
[ senyum sendirian ]


Tapi,
Tiba tiba sahaja timbul tanda tanya dalam aku tengah senyum sendirian ni.
Kalau diperhatikan, di sekolah mesti terdapatnya beberapa kelas kan?
Sebabnya,
1. Bilangan murid yang ramai.
2. Murid murid akan dibahagikan mengikut tahap kepandaian masing masing.
3. Kelas akan dibahagikan mengikut tahap atasan, sederhana, dan rendah.
    [ dengan cara lain seperti kelas dari A sehingga huruf berikutnya mengikut purata kelas yang dibahagikan ]
Kalau diperhatikan, terdapat banyak perbezaan di antara murid dari kelas atasan sehingga kelas bawahan ni.
ok, satu persatu aku terangkan kat bawah ni mengikut cara pandangan aku ketika zaman persekolahan dan zaman kolej dahulu.


Kelas Tahap Atasan
1.Berpewatakan kemas dan menarik.
2.Pandai mengikut dan turuti kata guru.
3.Sentiasa membawa dan mentelaah buku ke mana mana.
4.Rajin pergi ke perpustakaan sekolah di waktu rehat atau selepas dan sebelum  waktu sekolah. 
   [ bagi pelajar di sekolah waktu pagi dan waktu petang]
5.Majoriti berpangkat pengawas.
6.Sentiasa terlibat dengan sebarang aktiviti dan anjuran sekolah.
7.Mereka lebih kelihatan serius, sinis, kurang senyum, jalan dengan laju, bercakap dengan laju, dan rapat 
   dengan cikgu cikgu.
8.Berbual dengan perlahan di kelas ketika guru mengajar.
9.Fokus ketika guru mengajar untuk dapat A di setiap subjek.
10.Kelas mereka lebih senyap berbanding dengan kelas kelas lain.
11.Mereka lebih tampak gelisah sebelum menjalani sebarang peperiksaan.


Kelas Tahap Sederhana
1.Mempunyai ciri ciri pelajar yang berbeza.
2.Mereka terdiri daripada pelbagai perangai, ragam, dan tingkah laku.
3.Terdiri dari pelajar yang pandai, sederhana, dan lemah.
4.Pelajar yang berpuak puak atau lebih senang dikenali bergeng.
5.Terdapat beberapa pelajar je yang berpangkat pengawas.
6.Separuh dari pelajar berikut turut ke perpustakaan tapi kurang kerap dan hanya kadang kadang je.
7.Rajin merayau dan aktif atau rancak berbual ketika guru tiada di kelas. 
8.Memilih dan cerewet dalam terlibat sebarang aktiviti atau anjuran sekolah.
9.Separuh darinya, tiada dalam kelas ketika guru mengajar atau lebih dikenali ponteng.
10.Separuh darinya juga, fokus ketika guru mengajar. dan separuh darinya buat sesuatu digemari untuk tidak
     menunjukkan perhatian dan separuh darinya juga tidur.


kelas Tahap Bawahan
1.Tidak berpewatakan menarik, selekeh, dan kurang kemas
2.Lebih mengikuti fesyen atau style dunia barat, hiburan tv di sekolah.
3.Berkelihatan ganas, tidak bertanggung jawab, kurang ajar, tidak mengikut peraturan dan melawan kata guru.
4.Rajin dan pakar dalam ponteng kelas.
5.Kerap tidur di dalam kelas ketika guru mengajar.
6.Sentiasa ada rekod kesalahan dalam melanggar peraturan sekolah.
7.Salah seorang darinya mesti ada yang dibuang sekolah.
8.Berbual dengan rancak dan tidak mengendahkan kata kata guru.
9.Berlaku pergaduhan atau saling tidak puas hati di antara sesama sendiri mahupun pelajar lain.
10.kelas mereka lebih rancak di dengar berbanding kelas kelas lain dan boleh sampai didengari di pejabat 
     sekolah.
11.Mereka lebih tampak tenang sebelum menjalani peperiksaan tanpa mengulangkaji pelajaran.
12.Tidur di dalam dewan ketika menjawab peperiksaan.


Akhirnya tamat juga senarai senarai yang aku buat ni.
Senarai berikut bukanlah ciptaan semata mata, tetapi hanya mengikut pandangan spesifik aku aje.
Akan tetapinya, mengikut tajuk entri aku di atas tu,
" Budak Yang Pandai Berkelas Atasan Tak Pandang Budak Lemah Berkelas Bawahan Ni ke? " yang ingin aku pertikaikan. Agak agak, apa pendapat korang ?? sila angkat jari tunjuk sekira nak jawab. 


kalau diperhatikan,bagi aku ketika zaman sekolah dahulu, 
pelajar pelajar perempuan di kelas atasan agak jarang sekali bergaul dengan pelajar perempuan kelas bawahan. Sebaliknya, mereka lebih bermusuh dan saling tidak puas hati.
Kenapa? Antara sebabnya :
1.Faktor perbezaan dari segi pembelajaran mereka berbeza beza. Senang difahami pandai lawan lemah.
2.cara pergaulan yang berbeza. senang difahami Lembut lawan kasar.
3.Majoriti kelas atasan berpangkat pengawas, dan pelajar kelas bawahan akan dikritik sekira melanggar peraturan dan berlaku saling tidak puas hati.
4.Tidak berkesefahaman.


Sebaliknya, dari apa yang aku ketahui, dari apa yang aku fahami, dan dari apa yang aku alami,
setiap perbezaan tu semua tidak membawa apa apa halangan untuk kita berkawan sebenarnya.
Setiap manusia atau sapa sapa sahaja, mempunyai hati, fikiran dan perasaan yang sama sahaja cuma cara seseorang itu menyampaikannya sahaja yang berbeza beza. 
Disebabkan ianya berbeza, terjadila faktor pengaruh di antara satu sama lain.
Sekiranya kawan kita itu lebih sosial, maka kita turut sosial kerana dia adalah kawan kita.
Sekiranya kawan kita itu baik budi bahasa, maka kita turut berbudi bahasa kerana dia adalah kawan kita.
Terdapat nasihat dari mana mana pihak mengatakan,
" Dalam berkawan, jangan memilih kawan yang rosak akal budinya, tetapi carilah kawan yang berguna untuk masa depan kita."
Tapi, ada pihak yang mengatakan, 
" Jangan terlalu memilih kawan, nanti akan makan diri kita sendiri "
Jadi, mana satu yang betul ??
Bagi aku, nasihat nasihat itu semua memang patut kita contohi, tapi lebih baik anggap ianya sebagai satu pengajaran.


Sekiranya kawan kita tu kurang dalam ajaran agama, tak salah kita bantu dan nasihat die.
Dapat pahala turun pada kita. kan kan.
Setiap perbezaan perangai, tingkah laku itu semua bukanlah penghalang untuk kita berkawan, semua orang mempunyai kawan dan semuanya tak nak berpisah dengan kawan kawan.betol kan.
kalau kita tak diperlukan kawan, mereka tak pedulikan kita, itu memang tidak patut.
kawan ni ada yang cakap belakang, depan baik, itu memang kawan yang mulut berbau busuk.
Tak salah kalau kita buang mereka dalam hidup kita, tapi biarlah secara baik bukan secara berkasaran dan kata kata kesat. Biar diri dihinai, tapi tuhan lebih sayangkan umatnya yang tidak bersalah.


Nusrah berkata:
" saya rindu kawan kawan saya, mahupun di zaman sekolah dan mahupun di zaman kolej."  


-BoOgieBoOgie-    


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...