Tangisan yang sukar untuk berhenti.

Tuesday, May 10, 2011 - Posted by NusrahYusuf at 11:28 AM
Menangis dan berterusan menangis.
Ya Tuhan, Tolong kembalikan semula keceriaan aku!
Mengapa aku harus menangis.
Kesesalan, Marah, dan berasa malu masih terpahat dalam diri.
Kadangkala aku bertanya dalam diri, tarlalu kejam sangat ke kesalahan yang dah aku buat.



Satu hari,
AKu berasa teramat tidak bersemangat untuk bekerja.
AKu cuba untuk melupakan, tapi tangisan dalam diri adalah satu alat persembunyian aku kepada orang lain.
Senyum, ketawa, hanyalah kepura puraan dalam diri.
Sedangkan hati teramat sedih dan kecewa.



Satu Malam,
pulang dari kerja, aku cuba merayu untuk memulihkan keadaan.
Terdapat satu information yang membuatkan aku untuk membuka laman facebook.
Apa harus aku buat?
Internet dirumah berlaku pemasalahan untuk dirawat.
Tapi aku harus merawat diri aku yang penuh dengan kekecewaan ini dahulu!
Aku bergegas mengambil komputer riba untuk dibawa ke satu restoran (McDonald) yang mempunyai satu saluran internet (WiFi).
Setelah membaca satu blog ni, hati aku bagaikan tercucuk satu besi yang teramat tajam.
Arghhh! Air mata dah mulai membasah di seluruh mata. Aku cuba berlagak tenang supaya air mata tidak membasahi pipi supaya tidak diketahui orang bahawa aku sedang menangis.
Memang teramat malu , kecewa, dan marah dengan diri setelah membaca blog tu.
Kenapa? Kenapa harus berbuat demikian?
Kenapa engkau memalukan aku?
Aku dah cuba merayu untuk maafkan segala kesilapan aku?
AKu bergegas ke toilet, supaya aku dapat menyorok untuk menangis.
Aku hubungi kau, cabar engkau supaya kau jawab panggilan aku.
Dah banyak kali aku cabar, akhirnya engkau jawab jugak panggilan aku.
Aku menangis teresak esak bercakap dengan engkau.
Aku mencari jawapan yang pasti dari engkau.
Akhirnya, aku memutuskan panggilan kerana aku betul betul tak dapat kawal tangisan aku.
Aku terkaku untuk bercakap.
Aku menangis sepuas puas nya. Ye, aku menangis.
Tangisan yang teramat susah untuk berhenti.




Adik, ada orang ke dalam tandas? Adik tak de pape? adik menangis ye?"


Tiba tiba, aku tersentap seketika apabila terdengar suara tu.

Ternyata, rupa rupanya aku terlalu lama dalam toilet tu. 
Aku cuba berlagak tenang, dan terus keluar untuk membasuh muka.
Rupanya auntie cleaner yang menegur aku.



Aiyoo, adik sakit kah? Mata banyak merah. Kenapa menangis?"
" Oh, saya tak de pape auntie. Saye ok je. "
"Ini mesti gaduh sama abang kan? saya dengar adik cakap dalam telefon tadi"
" eh abang apa pulak auntie! saya mana ada abang. uish."

Terus aku bergegas keluar.
Terasa malu pulak dalam diri.
Akhirnya, aku kembali tenang walaupun aku masih menangis dalam hati.
Masih terasa tiada penamat dalam kisah ni.
Aku masih menanti, bersabar, dan terus menunggu supaya kegembiraan dahulu datang kembali dan mengembalikan sebuah kesudahan yang penuh gembira.

Dalam gelap penuh dengan warna.

Friday, April 1, 2011 - Posted by NusrahYusuf at 6:15 AM
Serba salah.
Itu satu perangkap bagi aku sama ada aku nak ke pergi dinner 
untuk semua staff tempat aku bekerja?
Pakai cantik cantik, penuh bergaya, berselendang, berbaju baru,
tapi destinasinya hanyalah di sebuah tepi pantai sahaja.
Dengan keraguan yang ada, serba salah pulak tak pergi.
Duit dah bayar, tapi ramai tak join.
Last last, aku pergi dan sampai kesana jugak bersama teman teman.


Malas nak citer panjang panjang,
sesampai disana bukan terus makan walaupun alasan hanya nak datang melantak je.
Tetapi berposing sakan pulak setelah kamera digital nikon aku dikeluarkan.
Hmm, kalau dah ramai perempuan, memang tak sedar diri gayanya. HAHA.
Kalau dah lelaki, malu malu kucing pulak bila ajak berposing.


Jom lihat ! 
SATU
DUA

TIGA

Sambil sambil posing, sambil sambil makan. 
Dalam gelap rasa macam juling je bila makan. HAHA.
Tapi, walaupun ramai tak join, ada la jugak terasa kemeriahan tu sikit.
Section manager pun boleh tahan sporting. HAHa.

AKu malas nak citer panjang, sebab otak aku dah ke lain.
Ternyata mood aku tak sepenuhnye untuk blogger kot.
Citer sikit sikit cukuplah kot. Panjang panjang nanti rasa lapar lak perut.
HAHAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...