Oh Merdeka .

Tuesday, August 31, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 8:27 AM
INTRO : MERDEKA ALA KADAR JE .

Hey Hey .
Salam anda semua .

Tup ! Tup ! Tup !
Sudah menjelang 31August . Wah , dah Merdeka dah Malaysia yang ke.. 
Eh, keberapa ek ? 
Alahai , tak kan la nak lupa pulak ek . Hihi .
Yang ke 53 la ...
Kalau korang tak tau , korang bukan Anak Malaysia !! 

Hmm , Merdeka tahun ni nak dekat-dekat dengan Hari Raya .
So, bagi aku semangat merdeka kurang lah sebab aku fikir nak Raya cepat je.
Hahaha . Jadi , Semangat Raya lg Penting ke , atau Semangat Merdeka lagi penting ?
Sebelum sampainye detik pukul 12 semalam , aku bukannye nak tunggu pun .
Lagi aku tidur dibuai mimpi indah adalah .Dasyat aku kan ?
Ala , letihla . Bukan tak nak tunggu pun , dah mata ni suruh tidur , aku tidurlah .
Tapi yang aku sakit hati sangat , walaupun merdeka tahun ni tak semeriah sangat ,
aku punyalah yakin bahawasanya tak ada lagi kedengaran bunyi motor dari mat rempit ke, motor yang Awie bawak tu ke , pape je lah . 
Rupanya masih wujud lagi bunyi bising-bising itu .
alahai , nak tidur pon susah . 
Bunyi mercun tak seberapa , orang yang bawak motor pulak yang melebih-lebih .
Xcited betul lahhh. 

Pada Keesokan harinye ,
iaitu hari ini di tanggal 31 August ,
Pagi aku bangun je dari tidur , Mak aku cakap nak jalan-jalan ipoh .
Emm aku fikir , maybe die nak shopping pape yang patut la tu .
Bg aku , nak ikut ke tak ?
Cam malas pun ada , dahla puasa , sure tak larat .
So punyalah banyak kali mak aku cakap nak ikut ke tak . Aku diam je . huhu.
Ayah aku lak , kalau boleh sume biar ikut , senang nak buka puasa sekali ,
disebabkan ketidakpastian aku , dorang pon cam nak tak nak je pergi .
emm serba salah pulak , macam diorang nak sangat aku ikut .
Al maklumlah , hari kemerdekaan la kan , so aku pun berkata yang aku nakpergi .
Jalan punya jalan , sampai lah destinasi kami ke Jusco ipoh itu .
Mak oiii !!! Ramainya orang .!! sesak sungguh !!
Ni yang aku lemah sangat-sangat , kalau shopping time musim perayaan yang ramai sangat org .
Wat aku pening kepala je time bulan puasa ni . adoyy .
Nak tak nak , layan je laaa.
Yang bengang tu , Orang cina yang ramai . Macam diorang lak nak raya kan?
yang kat Mcd , kat KFC , kat Pizza Hut , sume-sume lah ,sumenye cina sedap je makan di depan orang-orang melayu ni . Grrrr , wat aku terliur je... huhu.
Disebabkan ramai orang gak lah , mak aku shopping tak seberapa .
Dahla orang main langgar-langgar je , nak beli pape pon tak boleh fokus.
so , shopping ala kadar je la mak aku tu . huhu. ciann .

Destinasi seterusnya ,
Ke bazar ramadhan kat area stadium ipoh .
Wahh , cam best je bazar kat ctu .
Setelah selesai je membeli juadah untuk berbuka nanti , terus ayah aku gerak ke Lumut .
Tujuan beliau ke Lumut adalah nak berkelah tepi laut berbuka puasa di situ .
Patutlah tak mau balik dulu aku tanya sebelum tu .
Pape je la , aku ikut je lah parent aku tu . hihi.
Sampai-sampai je kat Lumut , wahh ade jugak ek 1 family ni berkelah juga , ahhaha.
so kami pun turut serta menyemak berkelah sekali di area situ. hehee.
Selesai azan berkumandang , pe lagi , makanlaaa . blurppp . sendawa kekenyangan . hihi.
Akhir sekali , balik sudahhhh.
Itu lah sambutan kemerdekaan aku sekeluarga dengan ala kadar je .
ngeeee .

Happy Independence day !!!!!!!

Sekian,
BoOgieBoOgie 

Cuba Menghiburkan Diri Sajee !

Wednesday, August 25, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:14 AM
INTRO : DO U KNOW ABOUT " VAMPIRES SUCKS" .


Salam everyone ,


Pheww , no time to blogging rite now , but i try to blogging ! haha.
Kesibukan melanda sejak berpraktikal ini membuatkan aku terlalu sibuk untuk merehatkan diri . erk , u know what i mean , ok forget it . 
I don't want to story about my practical , but my hand still nak taip jugak .
so ,  nak tak nak , aku citer la sikit demi sikit . 
But before that , nak sangat tanya dekat member-member yang penah melayani latihan praktikal ini . especially, for girls ! xD
Best ke ? Banyak kerja ke ? selalu kena buli tak ? dipandang "keyrek" tak ? korang seronok tak ? wahh, to much to asking there !
Hmm for me , ianya sangat bosan dan blurrr .. :(
Sometimes its fun , sometimes i'm hopeless ,sometimes i'm scared , sometimes... 
urghhhh , macam-macamlah . 
rasa-rasa cam nak cepat je abis .
Pleaseeee, putarkan masa ni cepat sikit .. I don care sampai aku dah tua pon ..
HAHAHAHA . btw, di situasi dan keadaan aku praktikal ni, lebih banyak menyendiri dan buat hal sendiri je . i dont care even some of them look me like a ....  whatever ~


Ok stop about my boring practical ,


Now , i want to asking you all's , do you know about "VAMPIRES SUCKS MOVIE " ?
haha . it is a comedy movie , and i have done watch the trailer in tv .!!
whats the wonderful movie , and buat aku tergelak je even trailer pon. 
Serius, banyak ciplak twilight nye citer, tapi diubah jalan ceritanya to make a sucks movies !
Hahaha . adengannya cukup kelakar , hahah.
Tapi, dalam tv tu kater , akan kuar in theater ! yes, can't wait !!! haha.
Tak tau pulak kan , ingatkan the guy of the vampires ni macho-macho je orangnya, rupa-rupanya ada gak yang lurus bendul . hahaha.


for the information, click ini !! xD


http://www.youtube.com/watch?v=vHkPJ1ACLrg






Mesti ada di antara korang minat tgk citer ni .
never mist it !! love stefan !!! ahaha .
every tuesday 9pm at 8tv.
enjoy !




sekian,
BoOgieBoOgie.

Hey Monday !! ;D

Sunday, August 15, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 7:37 AM
INTRO : HAPPY MONDAY AND NEW TEMPLATE !! xoxo


Salam all'z,


Perubahan baru melalui template blog ini , dan lagu turut turut bertukar . anyway, i hate monday !!
Actually, nak bagitau , esok adalah isnin , in english MONDAY !! entah kenapa cepat sgt hari MONDAY ini. IAnya membuatkan aku malas nak pergi kerja !!! i mean, praktikal la .. hahah..
u know why ??? becoz cam tak ada kerja je ! menurut bos aku, beliau nak buat kursus untuk aku. adakah benar ia ?? emm, die pon jarang msuk office ini kan lagi nak wat kursus. hmm,just waiting for tomorrow la kan.. nak buat macam mana.. huk3..
DEngan ini, untuk menghiburkan hati aku untuk turut jugak pergi kerja esok, so aku menghiburkan hati untuk bukak blog ini ,,. Cam bosan template, aku tukar. cam bosan je lagu. aku tukar. haha.
Hmm, dalam aku tengah berinternet , aku search untuk band kegemaran aku ni,entah apa perkembangan diorang ek..
so, aku search untuk web HEY MONDAY. korang tau tak band ini? kalau tak tau, try search . lagu diorang pon aku letak kat blog aku. so,listen2 lah nk pekak kan telinga korang tu. lalala.
Bila aku search, rupa-rupanya diorang bukan berlima sudah. tetapi mereka berempat !! but why?!!! where's elliot ?!! where's drummer diorang ??? hmmm, jwpn nye aku tak dapat lagi, coz mood aku dah ke arah lagu-lagu baru diorang. so,forget it seketika about elliot tu. hihi.
Wahh, sedap jugak lagu baru diorang . hmm, menarik hati ! xD style diorang pon makin HOT ~
perghhh, best2 !! tapi sedey lah,elliot dah tak ada. hMmm,anyway, aku still xdpt jwpn lagi pasal elliot tu. papepon,walau berempat, aku still maintain minat diorang !!!
disebabkan nama band diorang HEY MONDAY , agak sesuai lah untuk aku menempuh hari MONDAY esok. HMM, layan je la ..~


The new album from hey monday
"Beneath it all "
Top Song :
I DONT WANNA DANCE,
WISH YOU WERE HERE,
HANGOVER,
WONDERGIRL,
and much more !

 MISS CASSADEE n LOVE JERSEY xD


P/S : CUBA HIBURKAN HATI FOR TOMORROW DAN CUBA SEMANGAT KAN DIRI UNTUK PERGI KERJA ESOK. HIHI. [ STUP*D !! ]

Sekian,
BoOgieBoOgie

Praktikal & Puasa :D

Tuesday, August 10, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 4:43 AM
INTRO : EMSB COMPANY & BULAN RAMADHAN

Salam all'z ,

Sudah lama sungguh aku tak berupdate di blog ini . Nampaknya sekarang , masa tak mengizinkan dan turut juga tak menentu . Ok , tak apa , aku ringkaskan story sajalah .
HAHAHA .

Hari ini sahaja , aku dah masuk hari kedua aku praktikal . Wahh , agak tercabar la jugak kerja di syarikat yang aku dapat ni . Tapi , not bad , bolehlah dikatakan seronok kerja di situ . Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari laman web syarikat ini :
http://www.emsb.com.my/

Syarikat ni bernama , Ekral Mega (M) Sdn. Bhd. . Ianya merupakan sebuah syarikat yang menjual dan repair barangan elektronik perkapalan, sistem radio dari perkapalan dan sebagainya . Ianya lebih kepada teknikal dan elektronik. Tapi aku praktikal di situ bukanlah untuk bahgian teknikal, tapi bahagian pengurusan, pemasaran dan juga akaun. Wow, next week aku dah boleh start kursus di syarikat tersebut . Walaupoun baru sahaja 2 hari aku di syarikat ini, agak riuh dan kecoh dengan perbincangan diorang pasal bisnes berikut . Aku, agak kebluran la jugak . Mujur minggu ni aku setakat membantu apa yang patut sahaja . Tapi aku harus la jugak berwaspada , dengar, dan lihat apa yang pekerja-pekerja diorang bbincangkan . Sebab selepas ini , aku akan mengalami situasi berikut . Sekiranya kerja-kerja aku perfect,berkemahiran, kemungkinan jugak aku akan diambil untuk menjadi pekerja tetap syarikat tersebut . whoa!! itu sudah bagus !!! :)
Hari ini, lebih banyak kerja aku buat berbanding pada hari semalam . Hari ni aku dapat follow seorang kakak bahagian teknikal untuk melawat kilang MTU SERVICE untuk menghantar barang yang sudah siap di repair .KIlang tu, besarnyeee. pekerja die pon sempoiii~haha . Tujuan aku untuk follow kakak tu, supaya aku dapat pengetahuan dalam sistem penjualan, repairing,dan cara-cara bertemu client di kilang tersebut serta cara-cara untuk testing produk tersebut. Tapi sygnye,aku xdpt tgk mcm mana nak test brg tersebut coz salah sorang dari client diorang ade meeting. so, aku xtau lg cam ne caranya. but great , aku dah jadi pelawat kilang . yes !! i love my job ! xoxo . Dan di waktu petang, aku membantu untuk menaip kertas-kertas yang berkaitan dengan TNB( TENAGA NASIONAL BERHAD ) . Aku tak tau berkaitan ngan pe benda,tapi aku hanya mengikut arahan. hahah.


LOGO SYARIKAT

Selesai pasal praktikal aku, dan sekarang aku nak bagitau, yang esok, Dah sampainye waktu berbuka puasa. eh apa pulak? bukanlahh.. esok adalah hari pertama kita menyambut bulan ramadhan .!! waaaaa, best bercampur dengan penat. hahaha..
dengan ini,wahai anda-anda sekalian, sama-samalah kita mengamalkan amalan wajib ini iaitu berpuasa di bulan ramadhan .

P/S : PADA GURLS YANG X DAPAT PUASA TU,JGN LUPA GANTI YEK NEXT YEAR . PADA BOYS,KORANG KENA FULL PUASA K. JANGAN NAK NGADA-NGADA . LALALAAA.

sekian,
BoOgieBoOgie

Bikin Aku Cuak Sajee :D

Wednesday, July 28, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 1:27 AM
INTRO : AKU GELABAH , SIOT ..

Salam All'z ,

Apa perasaan korang kalau korang dalam keadaan gelabah dan ketakutan ? Tambah pulak masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir . Perghh , mesti nak terberak , terkentut semua kan ? haha .

Motif aku tanya sebegitu , macam biasalah , masalah aku dengan urusan praktikal aku ini . mesti korang dah muak dah kan ? tapi , aku tetap nak cerita jugak . hihi . sory, guys . nak baca , terserah pada anda yek ! ngeee . Sapa yang nak baca tu , come on , give me 5 !!! yeah !! ^^
Kisah nya berlaku pada hari semalam , dengan menanti-nantikan kehadiran Mr. Postman datang hantar surat dekat rumah aku , akhirnya datang jugak Mr. postman itu . Tapi , dengan hampanya hanya satu surat sahaja yang aku dapat dan isinya mengatakan aku tak dapat . Arghhh , rasa macam nak pecah otak aku disebabkan kehampaan giler ! Mak aku lak , buat muka simpati dengan aku . Dia hanya mampu menasihati aku , jangan patah semangat dan terus mancari lagi tempat praktikal . Memang aku gelabah giler-giler , sebab hanya 2minggu je lagi ke tarikh hari praktikal tu . So , aku tak give up , terus salin pakaian untuk mencari-cari mangsa tempat untuk aku praktikal . jadi berempit-rempit lak aku naik motor kat jalan raya manjung . haha .

Dalam aku tengah mencari-cari tu , aku singgah ke cimb bank untuk ambik duit . Elok je duit keluar melalui mesin ATM tu , tiba-tiba je handphone aku berbunyi menandakan ada panggilan . Oh mak aku call rupanya . Aku pelik , kenapa dia suruh aku balik dan tak payah cari lagi . So bila aku bertanya soalan , dia kata kordinator aku telah call rumah mengatakan yang aku dah dapat tempat praktikal di manjung . Haish , kenapa aku tak dapat surat feedback kat umah ? Memang nak kena tol lahh . buat aku gelabah je , penat je aku keluar . adehh . haha .
ternyata kompeni yang aku nak sangat praktikal kat ctu tak dapat , tapi , tempat yang aku ragu-ragu konpem tak dapat telah dapat pulak , adoyyy . keyakinan aku ni ternyata bkn 100%. hehe .

Memang aku lega giler apabila dah dapat tempat untuk aku praktikal . so , boleh lah aku tak rungsing-rungsing lagi . Boleh la goyang kaki sikit . hiihii . Tapi , rasa ketakutan pulak nak menghadapi praktikal ni . huhuuuu .

" Takut rupa macam die ! " ahaa .

P/S : BULAN PUASA SEMAKIN HAMPIR , PRAKTIKAL JUGA DI BULAN PUASA . HEE. xD

Sekian ,
BoOgieBoOgie

My Chemical Romance ?

Friday, July 23, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 6:23 AM
INTRO : WELCOME TO THE BLACK PARADE .

Salam all'z,

Adakah korang masih ingat lagi band yang bernama , MY CHEMICAL ROMANCE? Mungkin ada di antara korang yang terlalu minat giler-giler dengan lagu diorang . Imposible lah korang tak tau . Tujuan aku sebenarnya ni , just nak habaq je kat korang kisah zaman aku sekolah dulu . Bila ek , di antara aku form 4 dan form 5 gitu lah . Perghh , memang time tu aku taksub giler ngan lagu-lagu dari my chemical romance ni. Sampai blaja pon aku tak nak , duk kat class tulis lirik-lirik lagu diorang je . haha . malas kot aku skolah dulu . tp, tak de lah samseng k .

Aku pun tak tau lah kenapa aku minat giler lagu diorang . maybe sebab lagu diorang membawa makna yang aku tak penah dengar kot . contoh , errr .. entah lah pulak . kah3.. Yup , dari lagu diorang ni jugak aku tau makna dan words2 yang agak mencarut , lalalallalaa. Lerr , tau je , tapi aku tak de lah teruk sampai nak cilok perkataan sebegitu . Huhu . Emm , aku minat dorang gak pon coz diorang ni emo giler dan berstyle tambah-tambah lagi , cara dress up diorang . Hmm, vokalis die trutamanya , yang membuat aku terpegun melihat cara dia nyanyi dan perform bila live . Suara die bila menjerit , tekak aku yang terasa sakitnye . hak3. 

Dulu sampai aku tak nak berpisah dengar lagu diorang . Cd, Kaset aku snggup beli . Waktu tu internet tak ada di rumah , nak tgk video diorang pon , kena pergi cyber cafe . Itu tempat biasa aku lepak masa zaman persekolahan . Haha . Gi ctu je, tak sah lagu my chemical romance berkumandang . Sampai bukak kuat-kuat pon kena marah , hak3 .Gambar tak sah kalau tak simpan , tampal je kat mana-mana yang aku suka . Tp, kalau kat bilik rumah aku tu, sure tak boleh , nak kena maki dengan mak aku , mampus~ haha . So, aku just sediakan buku koleksi je lah untuk aku main tampal-tampal ni . Sampai skang aku tak jumpa-jumpa buku tu , entah ke mana hilang . Tikus curi kot , tak pon lipas makan . lalalala.

Menjelangnya aku masuk ke kolej , minat aku terhadap my chemical romance ni makin lama makin pudar . Nak kata muak , yelah kot . Lagipun band diorang skang ni pon, senyap je .Aku menantikan jugak lagu terbaru diorang , tapi tak sesedap dengan lagu album-album diorang sebelumnye. Pemain second guitar diorang , frank, yang aku minat-minat sangat pon , dah tak hensem dan makin gemuk .. begitu juge dengan vokalis diorang , gerard . Minum arak lebih sangat kot . macam tu lah orang putih , awal-awal hensem , dah glamour je , terus senyap dan dah tak hensem . haha . Tapi cam ne pon , band diorang sentiasa di hati aku . Lagu diorang pon sesekali aku dengar jugak , huhu .

Antara lagu-lagu yang aku minat :
  • The ghost of you
  • I'm not okay
  • The jetset life is gonna kill you
  • helena
  • Welcome to the Black parade
  • I don't love you
  • Famous last words
  • Disenchanted
  • Mama
  • Dead
  • Teenagers
  • And much more ......
p/s : aku suka lagu dorang coz membawa maksud seperti " life in the hell " .

favourite song and favourite video . TEENAGERS . :) enjoy !!!


miss ur voice , gerard ! ^^


 Frank iero - the second guitarist . suke style die !

i still like this band and they are My chemical romance !

sekian,
BoOgieBoOgie

Ohh , Mr. Postmen .

Wednesday, July 21, 2010 - Posted by NusrahYusuf at 11:38 PM
INTRO : TERIMA KE TIDAK ? URGHHH.!


Salam All'z,

Bila dipandang je kalendar di rumah ni , setiap angka-angka di kalendar tu , dah makin nak dekat ke halaman helaian yang seterusnya . Oh tidak !!!! Bulan 8 is coming !!! [ gigit jari ]*
Praktikal aku still tak dapat sebarang feedback lagi dari kompeni-kompeni yang aku survey .
Alahai , lambatnye kau nak feedback . Hari-hari aku asyik menantikan Mr. Postmen datang hantar sebarang surat kat rumah aku je . Bosan sungguh !! Hidup tak tenang laaaa . Haiyaaa ! [ tepuk dahii ]*


Kalau tak dapat , mana aku kena praktikal ? Arghhhhh !!! ya tuhan , bantulah hamba mu ini . huhu . Hmm , mintak-mintak adalah satu kompeni ni terima aku kan . Hmmm . (T.T)
HAri ni , dalam aku baru je nak on facebook , tiba-tiba je mak aku menjerit, " POSMEN ! POSMEN ! " kelam kabut aku berlari pergi ke kotak surat kat pagar rumah aku tu . Punyalah xcited ingat surat tawaran praktikal , skali hampa sungguh rasanya , rupa-rupanye hanyalah sekeping kad dari kedai buku " POPULAR" , mengatakan kad ahli aku dah nak expired . cheeeseeee !!!!!! geramnyeee !!!! . Rasanye macam nak menjerit je sekuat-kuatnye . alahai , sabar je lah , nusrah . esok-esok adalah tuuu . hmmmm. (T.T)


P/S : Encik postman , cepat hantar surat !!! Esok kalau kau tak datang hantar surat tawaran aku , memang aku sekeh-sekeh nanti !!!!



N0.80 yek , mr.postman !!! hantar cepat !!

Sekian,
BoOgieBoOgie





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...